Ahad, 4 Mac 2012

Dialog Pendidikan Nasional


Muhyiddin Yassin bertanyakan sesuatu kepada Pengusaha Kraftangan Sinar Warisan, Naim Marjani yang menghasilkan Kuda Kepang pada Program Bersama Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor di Sekolah Menengah Vokasional Jalan Sg. Abong di Muar, semalam. Turut sama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. - BERNAMA


PAGOH 3 Mac - Kementerian Pelajaran akan memulakan siri jelajah Dialog Pendidikan Nasional ke seluruh negara pada bulan depan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan pelbagai pihak dalam menambah baik sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu kajian telah dilakukan sejak tahun lalu dalam usaha menilai sama ada sistem pendidikan negara mencapai matlamat bagi melahirkan rakyat yang terdidik dengan ilmu berkualiti.

"Banyak kemajuan telah kita capai tetapi dalam dunia yang lebih kompetitif sekarang, kita mahu melihat semula tentang apa yang telah kita lakukan dalam sistem pendidikan dan kekuatan serta kelemahan yang ada selain perkara yang perlu dilakukan untuk menambah baik mutunya.

"Kita akan mulakan bulan depan apa yang dipanggil Dialog Pendidikan Nasional bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang boleh kita kumpulkan dari semua kaum dan keturunan serta mewakili mereka yang berkepentingan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Pagoh melibatkan 516 penerima.

Katanya, pihak yang berminat akan dipelawa menyertai dialog itu dan tempoh dialog juga mungkin dilanjutkan selagi ada pihak mahu mengemukakan pandangan.

Jelasnya, ini adalah masa terbaik selari dengan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' iaitu rakyat diminta tampil meluahkan pandangan tentang bagaimana sistem pendidikan dapat diperbaiki, diubah atau berkaitan dengan dasar.

"Boleh dikatakan ia mencakupi semua bidang, kita tidak mahu halang sesiapa dan semuanya akan diambil kira. Mungkin kita akan pergi satu-satu negeri selama sehari atau dua hari selagi ada pihak mahu memberi pandangan.

"Kalau orang Melayu ada pandangan atau ada perkara yang perlu diperbaiki, maka mereka boleh tampil ke depan. Begitu juga masyarakat Cina dan India, jika merasakan ada keperluan, mereka boleh kemukakan pandangan," katanya.

Tambah Muhyiddin, pihaknya juga melakukan banyak kajian melalui kumpulan pakar yang dilantik untuk mempertimbangkan cadangan dan dibentang kepada rakyat sebelum dibawa kepada kerajaan dan diterima pakai dalam bentuk laporan pelajaran terbaharu.

Utusan Malaysia Online: 4 Mac 2012

2 ulasan:

zuzuBEBE berkata...

cadangan guru-guru cemerlang DG44 dan jusa C berkhidmat dua tahun di sekolah-sekolah dalam daerahnya untuk meningkatkan mutu p + p dan menjamin kecemerlangan akademik. Berkhidmat dua tahun di satu sekolah dan berpindah ke sekolah lain yang pencapaian prestasinya rendah.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan untuk mengasingkan Tingkatan Enam dari sekolah sedia ada perlu diteliti dan dilihat dari semua sudut dan bukan sahaja disudut 'paper qualification' sahaja. Mereka yang telah mengikuti pengajian di Tingakatan Enam khususnya ditahun 60an, 70an, 80an dan 90an pasti setuju bahawa pelajar di Tingkatan Enam merupakan MENTOR kepada junior serta mereka secara tidak langsung telah didedahkan (explored) dengan ciri-ciri kepimpinan (ledership). Ini sebabnya mengapa lepasan Tingkatan Enam lebih menonjol sifat kepimpinan mereka berbanding lepasan MITRIKULASI atau lain-lain lepasan akedemik yang setaraf denganya. Disamping itu sikap keyakinan diri dan self motivated ada pada lepasan Tingkatan Enam. Saya tidak setuju jikalau Tingkapan Enam dipisahkan dari sekolah sedia ada. Pelajar Tingkatan Enam juga merupakan agent penguat-kuasa disekolah bagi menentukan disiplin junior yang mana tidak akan ada atau meminumumkan perilaku buli. Pada masa dahulu semasa saya di Tingkatan Enam sekolah Aminudin Baki, Kg. Pandan, K/lumpur dan Tengku Durah, Seremban adanya amalam 'ragging' (bukan buli) tetapi amalan tersebut telah merapatkan hubungan antara senior dengan junior sehingga kehari ini. Amalan itu juga telah menjadikan saya dan rakan-rakan saya yang lain berdikari dan berkeyakinan disamping tidak berputus asa dan yang paling penting sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu saya harap semua pihak melihat cadangan pengasingan 'Tingkatan Enam' bukan dari satu sudut sahaja tetapi dalam banyak sudut ia itu kesan masa pendek dan panjang. Cadangan saya agar peraturan atau undang-undang berkaitan pekerjaan sedia ada dihalusi yang mana perlu ada pekerjaan yang hanya dikhususkan kepada rakyat tempatan sahaja bertujuan menjaga nama baik (imej) negara dipersada dunia. Konsep rakyat perpendapatan tinggi ditukar kepada rakyat berproduktiviti. Negara Republic of China adalah contuh terbaik. Kekalkan penempatan TINGKATAN ENAM disekolah sedia ada dan perbanyakkan guru-guru yang berproduktiviti dan bertauliah. Pada masa kini banyak guru bertaulian tetapi tidak berproduktiviti.