JOHOR BAHRU – Guru yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.D) kini boleh mengikuti pengajian di lima buah sekolah terpilih di negara ini.
Program Ph.D yang julung-julung kali diadakan itu turut membabitkan pembinaan makmal khas di lima buah sekolah terpilih dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sebanyak 100 tempat bakal ditawarkan kepada guru pada peringkat awal.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Zaini Ujang berkata, kelima-lima buah sekolah terlibat terletak di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sebelum itu, menurutnya, UTM telah diberi kepercayaan daripada Kementerian Pelajaran bagi mengendalikan program berkenaan.
“UTM menyediakan penyelia bagi kesemua guru terlibat dengan setiap sekolah dibahagikan kepada 20 pelajar.
“Sebanyak RM80 juta diperuntukkan dan setiap sekolah menerima sebanyak RM50,000 bagi tujuan naik taraf makmal,” katanya.
Kosmo Online: 14 April 2012
2 ulasan:
Apa faedahnya guru sambung belajar. Peluang kenaikan pangkat sama saja kalau ada PhD ke mahupun tidak ada. Kalau setakat hendak menambah ilmu bolehlah tetapi kalau hendak pergi lebih jauh ngenti ajelah. Buang masa aje..
tiada istilah buang masa kalau nak sambung belajar
Catat Ulasan