BATU PAHAT 27 April - Kementerian Pelajaran melarang guru dan guru
pelatih menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok, dan
mereka yang berdegil dengan larangan itu bakal berdepan tindakan tegas.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu
dibuat berdasarkan fakta bahawa perhimpunan Bersih 3.0 dirancang untuk
dijalankan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
"Penganjur Bersih 3.0 diberi pilihan untuk mengadakan perhimpunan di
beberapa tempat lain seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil,
selepas hasrat awal mereka mengadakannya di Dataran Merdeka tidak
mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Jika penganjur terus berdegil mahu mengadakan perhimpunan tersebut
di Dataran Merdeka, maka kita menganggapnya sebagai satu aktiviti yang
bertentangan dengan undang-undang dan guru atau guru pelatih yang
menyertainya boleh dikenakan tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa 6 dan Rayuan Bagi Kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Penggaram membabitkan seramai 1,114 penerima di Dewan Jubli
Intan di sini hari ini. - UTUSAN
Utusan Malaysia Online: 27 April 2012
Jumaat, 27 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan