Selasa, 7 Oktober 2008

Bayaran elaun warden sekolah patut ditambah

KAMI meminta jasa baik Kementerian Pelajaran supaya mengkaji semula bayaran elaun warden di sekolah. Jawatan itu paling tidak digemari oleh guru di mana-mana sekolah sekali pun. Kebetulan, pula masa masa ini, ada sistem ‘time base’ kepada guru untuk melonjak ke DG44 , menjadikan jawatan ini sukar diisi.

Bagi mengelakkan kekosongan jawatan itu, kuasa veto pentadbir diguna sepenuhnya untuk melantik warden walaupun tidak dipersetujui oleh guru.

Pada 2006, seorang timbalan menteri mengumumkan pada mesyuarat bersama Guru Hal Ehwal Murid bahawa elaun warden akan dinaikkan daripada RM240 kepada RM500.

Ini khabar gembira buat semua warden di seluruh negara, tetapi sehingga hari ini tiada apa diumumkan. Memang ia memerlukan perbelanjaan besar, namun ia boleh diubah suai. Warden di sekolah ada dua kategori, iaitu yang tinggal di asrama dan tinggal di kuarters.

Warden yang tinggal di kuarters akan datang bertugas pada hari yang dijadualkan saja dan jika ada operasi mereka akan turut serta. Sebaliknya warden yang tinggal di asrama, mereka ibarat bertugas 24 jam empat kali seminggu.

Kerja mereka terikat dan sukar untuk mendapat cuti pulang ke kampung setiap hujung minggu. Paling memeritkan, jika ada pelajar yang tidak berpuas hati, kereta warden menjadi mangsa.

WARDEN SEKOLAH,
Alor Star.

Berita Harian Online: 7 September 2008

3 ulasan:

putri berkata...

bertmbh sedih bila elaun cola dan elaun rumah dipotong. rugi bg dg44 dan ke atas. kerja 24 jam, privacy hilng.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah ada rumah sendiri, tapi apabila kuarters baru warden siap, terpaksa tinggalkan rumah sendiri dan dipaksa duduk kuarters. Memang jauh berbeza dengan warden yang tinggal di luar. Elaun kena potong:
RM(240-200-100=-60), tugas lebih(24 jam) berbanding warden luar yang datang ke asrama sekali-sekala. Pinjaman rumah tetap kena bayar. Tentang privacy, tak payah cakaplah..
Pihak yang berwajib, TOLONGLAH lakukan sesuatu. Saya rasa teraniaya.

cg pejai berkata...

Doa pada Allah semoga pemimpin kita di kpm dan spp terdiri daripada kalangan warden..baru dia paham keje warden..tapi macamana warden nak naik pangkat? Dah berkurun tak dapat lepaskan jawatan warden sebab takde orag nak ganti..kesian warden..bila mak ayah mengamuk warden yang kena dulu..moga Allah redhai jasamu warden...