Jumaat, 19 Jun 2009

Guru rugi RM10,500 rumah diceroboh

KUALA TERENGGANU: Seorang guru berputih mata apabila pelbagai barangan bernilai RM10,500 dicuri dalam kejadian pecah rumah di Kampung Balai Besar, dekat Dungun, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 34 tahun itu yang bertugas di sebuah sekolah di daerah ini keluar rumah kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa menyedari rumah ditinggalkan kosong itu diceroboh sebaik pulang dari tempat kerja dan mengesyaki dimasuki pencuri selepas mendapati keadaannya berselerak.

Beliau berkata, mangsa memeriksa sekeliling rumah dan percaya rumahnya dipecah masuk selepas mendapati kesan umpilan pada bahagian tingkap belakang rumah.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun kira-kira jam 3.30 petang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, antara barangan yang hilang termasuk seutas rantai dan sebentuk cincin serta anting-anting emas, dua telefon bimbit dan satu kamera digital

myMetro: 19 Jun 2009

Tiada ulasan: