2010/05/22
TAHUN ini, tahun kelima saya merayakan perayaan Hari Guru. Malangnya tiada kepuasan yang dapat saya rasakan selagi saya tidak dapat berdiri tegak sebagai seorang guru tetap. Ingin sekali berasa bangga sebagai seorang guru, tetapi jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih membelenggu saya.Memang mudah menyatakan bahawa guru kontrak juga guru sebenar, banyak membantu dalam mendidik anak bangsa tetapi hakikatnya kami guru kontrak saja yang masih memendam rasa melihat pelbagai insentif yang kerajaan berikan setiap kali menjelangnya perayaan ini sebagai sokongan kepada guru dalam menjalankan tugas masing-masing.
Kami memohon supaya pihak Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif untuk merangka semula kursus dalam cuti untuk guru seperti kami.
PENDIDIK SEJATI,
Kulim, Kedah
Berita Harian Online: 22 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan