Sabtu, 22 Mei 2010

Guru penolong kanan dipenjara 10 bulan

2010/05/22

SEREMBAN: Seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Harith Mohd Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di pejabatnya di sebuah sekolah rendah, di sini, antara jam 3 hingga 4 petang penghujung Mac 2007.


Bagi kesalahan itu, Mohd Harith didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara lima tahun dan sebatan.


Tertuduh turut menghadapi dua lagi pertuduhan memaksa seorang murid lelaki lain melakukan kelucahan melampau dalam dua kejadian berasingan.


Majistret Noralis Mat bagaimanapun membebas dan melepaskan tertuduh daripada dua pertuduhan berkenaan.


Mohd Harith yang berasal dari Taman Arowana Impian, di sini, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.

myMetro: 22 Mei 2010

Tiada ulasan: