Selasa, 7 Disember 2010

Tindakan kementerian teruskan khidmat guru sandaran disokong

2010/12/07

SAYA menyokong keputusan Kementerian Pelajaran meneruskan perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan menarik balik notis tamat perkhidmatan.

GSTT bukan mengancam peluang guru baru jika dilihat kepada sudut tertentu. Mereka ialah individu terpilih berdasarkan potensi dan kemahiran yang terbukti dengan sebahagiannya sudah pun menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Langkah yang amat bijaksana oleh kementerian membuka program penyerapan GSTT membabitkan Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Tidak perlu meraih simpati kerana sama ada individu itu bakal guru lepasan Kurus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) atau keluaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA), rencana dan akar utamanya adalah untuk memajukan tahap pendidikan di sekolah.

Lazimnya, penekanan tugas yang akan dikendalikan adalah lebih sistematik berbanding menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dan iri hati semata-mata untuk merebut tempat dalam bidang pendidikan.

INSAN GEMILANG,
Rompin, Pahang

Berita Harian Online: 7 Disember 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DR ROZIAH, ketua unit akademik KPM cakap dikedah, kltn, tganu kuota guru telah penuh....walhal penngetua & PK pening kpla x cukup guru nak mengajar....apa cerita ni?