2010/06/08
KUALA LUMPUR: Cadangan supaya guru diwajibkan memiliki ‘lesen’ mengajar bertujuan mengangkat martabat profesion perguruan agar setaraf doktor, peguam dan jurutera.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, kaedah itu boleh mengekalkan integriti guru dari mula seorang individu diiktiraf sebagai guru hingga akhir hayat walaupun sudah bersara.“Bukanlah menjadi perkara sukar kerana semua guru mempunyai kelayakan iktisas terlebih dan dilatih dalam bidang perguruan sama ada di peringkat universiti atau institut perguruan dalam tempoh tiga hingga enam tahun,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pemberian lesen guru yang dicadangkan beberapa kesatuan guru termasuk Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) serta Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia, baru-baru ini.
myMetro: 8 Jun 2010
2 ulasan:
Saya bersetuju guru diberi lesen, tetapi lesen yang diberikan bukan berdasarkan hanya guru menduduki pepriksaan semata-mata seperti kumpulan doktor, peguam dan jurutera jalani sekarang. Doktor, peguam dan jurutera sudah ada tapak yang kukuh sejak dahulu lagi dalam mengeluarkan lesen pengiktirafan kelulusan mereka. Guru perlu melalui tapisan yang ketat kerana mereka berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat penguasaan dan kemampuan serta tingkahlaku.
Setakat menduduki peperiksaan bertulis dan lulus dengan cemerlang belum tentu seseorang guru itu menjadi guru yang cemerlang. Perlu ada cara yang lain untuk benar-benar dapat mengenalpasti sikap dan kemampuan seseorang guru agar pelajar tidak menjadi mangsa disebabkan kelemahan dalam pemilihan calon guru seperti sekarang.
Lesen guru memang bagus.tetapi setakat lesen sahaja tidak menaikan martabat guru jika guru sendiri tidak mengamlkan lima etika perguruan seperti berikut;-
1. tanggungjawab kepada murid
2. tanggungjawab kepada ibubapa
3. tanggungjawab kepada masyarakat
4. tanggungjawab kepada negara, dan
5. tanggungjawab kepada rakan sejawat
Hari ini kita mendengar ramai guru yang tidak bertanggungjawab kepada pelajar. Pelajar dijadikn pemuas nafsu guru.
Ketika di sekolah ada guru yang membiarkan murid sakit tidak menghantarr mereka di hospital. Yang pelik guru kelas tidak ingat murid sendiri. Ada juga Pengetua yang tidak mengambil peranan ibubapa ketika ada masalah disiplin pelajar.
Guru hari ini kurang berkomunikasidengan masyarakat setempat. Kurang bergaul kerana mereka lebih asyik depan TV, internet, facebook dan perniagaan sendiri, skim cepat kaya internet dan lain-lain.
Guru hari ini juga kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti masyarakat seperti gotong royong. macam mana nak ikut gotong royong peggangg cangkul pun tidak pandai.
Ada pula guru yang saling menikam rakan dari belakang. Saya pernah kena dengan orang seperti ini. Depan saya dia kutuk pengetua habis-habisan dan saya pula adalah juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan pengetua kemudiaan lain hari rakan ini pula memberi tahu pengetua semua yang saya cakap. Yang sangat geram tu dia tambah-tambah.
Catat Ulasan