Selasa, 8 Jun 2010

Ubah kaedah pengajaran

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Guru di negara ini perlu melakukan pembaharuan dalam kaedah pengajaran terutama di dalam kelas dalam usaha menambah baik kaedah pembelajaran sekali gus untuk menarik minat murid dan pelajar bersesuaian dengan keperluan semasa.

Timbalan Pengarah Pendidikan Guru dan Pembangunan Profesional, Datuk Asariah Mior Shaharuddin berkata, kaedah pendidikan bukan suatu yang statik sebaliknya guru perlu mengubah minda jika tidak mahu ketinggalan di samping mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan bagi mengelakkan pelajar terbabit bosan untuk menghadiri kelas. “Guru perlu kreatif untuk menarik pelajar ke kelas berikutan banyak alternatif lain seperti televisyen, Internet yang menjadi pesaing kepada guru itu. Mereka perlu peka dengan persekitaran selain mengajar cara moden dan menjiwai pelajar mereka.


“Kami tahu cabaran guru masa kini amat berat. Mungkin, dulu murid tidak begitu pandai kerana tidak didedahkan dengan pelbagai teknologi yang mungkin boleh mempengaruhi mereka. “Oleh itu, guru perlu menerima pembaharuan ini dan cuba meningkatkan mutu pengajaran pada masa depan,” katanya dalam sidang media di Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) ke-19 di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam. Persidangan disempurnakan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


Sementara itu, Sultanah Johor bertitah, guru di negara ini perlu diberi penghargaan dan pengiktirafan sejajar pengorbanan mereka mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. “Ramai yang berjaya pada hari ini kerana jasa guru mendidik mereka. Tanpa mereka, kita tidak tahu di mana kita berada sekarang. Bagi saya, guru perlu dihormati dan diangkat martabatnya sesuai dengan pengorbanan mereka selama ini.


“Ramai ibu bapa menyalahkan guru jika anak mereka berkelakuan buruk malah ada menyerahkan tanggungjawab mendidik 100 peratus kepada guru ketika di sekolah walhal tanggungjawab itu tidak seharusnya terpikul kepada guru semata-mata, mereka juga perlu bersama mendidik,” katanya.

myMetro: 8 Jun 2010

3 ulasan:

s1t1 2uL41k4 berkata...

sekali sekala cuba minta pegawai2 KPM masuk kelas n ngajar.. demo sikit kat guru.. kaedah apa yang sesuai.. macam mana kawal pelajar yang hyper3active..

cikgu Nizar berkata...

betul, saya setuju. saya pernah mengajar kelas biasa yang ada budak down syndrome dlaamnya. mcm mana boleh terlepas masuk sek biasa x tau la. bila kita report, maka jawapannya : kamu kan ada ijazah, guna la psikologi.. psikologi utk bdk down yg merosakkan buku kawan hari2 smpai puas saya kena menjawab pada lain2 ibubapa? begitukah?

Tanpa Nama berkata...

Memang betul. Cakap bukan main pandai. Bagi komen pasal P&P org lain bukan main. Kalau buat pemantauan, macam-macam komen. MASUK kelas dan mengajar sendiri, BARU Tau.
Pasal tulah pagawai-pegawai ni cabut dari sekolah dan kerja di PPD,JPN dan KPM.