Selasa, 7 September 2010

Bekas guru hadapi 102 tuduhan eksploitasi amah

2010/09/07

KANGAR: Seorang bekas guru yang juga pengarah sebuah agensi pekerja asing, SI Setia Sejati Sdn Bhd semalam dihadapkan ke mahkamah atas 102 pertuduhan jenayah membabitkan tindakan mengeksploitasi amah warga Indonesia, termasuk 17 daripadanya membabitkan ancaman dan kekerasan.

Semua 102 kesalahan itu dituduh dilakukan Lee In Chiew, 49, dalam satu kejadian di kediaman miliknya yang juga pejabat operasi SI Setia Sejati, di No 11 Jalan Bunga Cina, dekat Taman Perlis, di sini, pada jam 11.20 malam, 24 Julai lalu. Daripada 102 pertuduhan berkenaan, 24 membabitkan Lee yang turut dikenali dengan panggilan Cikgu Lee, manakala 39 lagi terhadap SI Setia Sejati.

Sebanyak 39 pertuduhan lagi dibuat terhadap Pengarah SI Setia Sejati yang turut merujuk kepada tertuduh.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Afzai Nizam Abdul Aziz mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (AAPO) 2007, membabitkan 85 mengikut Seksyen 12 dan 17 lagi mengikut Seksyen 13 akta berkenaan.

Semua pertuduhan dibacakan secara berasingan dengan bantuan jurubahasa mahkamah, Joseph Nair, di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Jaisah, dalam satu prosiding khas di Mahkamah Majistret, di sini.

Berita Harian Online: 7 September 2010

2 ulasan:

Budak Trolak berkata...

Tengok semua... itulah guru, sekali jadi guru... selamanya orang akan panggil guru...

Tapi guru seorang ni, jenis guru yang dah sesat... patutnya jadi warden penjara... atau pusat tahanan PATI...

Alahai guru.... hang bikin malu geng guru lah paham tak!!!!

Pemberita pun satu hal, kalau dah dia buku agensi pekerja asing dan kena tangkap atas tanggungjawabnya sebagai pegawai atau pengusaha agensi tu, janganlah babit dengan guru.

Nak juga tulis yang ade kaitan dengan guru... tulis pulak bekas gur...

Terus terang aku katakan, "PEMBERITA NI MEMANG TULIS TAK GUNA OTAK YANG WARAS"

Lain kali kalau nak tulis gunalah otak yang waras. Istilah guru sebenar istilah kerjaya yang patut dihormati...

Maaf, aku kepada semua... sebab kata-kata yang kesat tu... aku sebagai pemerhati sering melihat perkara ini, di mana dalam akhbar atau filem atau drama, kumpulan guru dianggap negatif...

Renungkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Inilah jenis GURU menjatuhkan profesion perguruan..bikin malu...

Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

....Saya cadangkan semua guru yang bermasalah tegar dan besar ini buanglah..

...Ada juga guru tua tu yang sudah berumur 50an tapi masih tidak sedar diri sudah tua asyik-asyik tukar jantan sahaje dengan harapan cepat naik pangkat ke DG52

...inikah pemimpin yang hendak dijadikan contoh di sekolah