2010/09/06
ISTERI saya seorang guru mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran Sekolah Rendah dikendalikan Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Baru-baru ini beliau mengetahui daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bahawa ijazah itu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kenaikan ke skim DG41. Perkara ini, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan terhadap pengajiannya.
Di manakah silapnya perkara ini? Kita mengetahui bahawa ramai guru tidak berijazah (DGA29 dan DGA32) menyambung pelajaran secara jarak jauh untuk mendapat ijazah dan seterusnya dapat masuk ke skim DG41.
Selain memenuhi kehendak diri, ia juga selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran iaitu sekolah rendah akan mempunyai 60 peratus guru siswazah menjelang 2015.
Jadi mengapa kementerian menyedia program ijazah tidak diiktiraf untuk gurunya? Nampak seperti kementerian menganiaya sendiri gurunya.
Dalam hal ini pihak yang untung ialah OUM. Saya difahamkan bahawa guru yang mengikuti program ini tidak didedahkan mengenai status ijazah mereka semasa mereka mendaftar KDP14M dulu.
SUAMI GURU KPM-OUM,
Batu Pahat, Johor
Berita Harian Online: 6 September 2010
40 ulasan:
Salam...
Saya tidak pasti apa masalah sebenar dalam kes isteri tuan ini.
Sebab di sekolah saya, ada guru DG29 yang menyambung pengajian peringkat ijazah di OUM.
Alhamdulillah, dia telah dilantik ke DG41 tanpa sebarang masalah...
jawab...jangan tak jawab kementerian...saya pun nak sambung belajar dekat oum nie..kalu betui kes nie..tak mo la saya study kat sana..rugi..
Bukan semua program di OUM tidak diiktiraf hanya beberapa program sahaja.Bukan sahaja di OUM malah dibeberapa IPTA pun ada program yang belum mendapat pengiktirafan dari JPA,LAN dan KPM.
Jadi, nasihat saya ialah sesiapa yang mahu belajar tu ceklah dahulu mana yang sudah diiktiraf.Program yang belum diiktiraf tu buat apa nak ambil cari masalah je...Kalau mengikut pengalaman saya yang pernah mengambil dua kali prorgam di universiti swasta penysarah akan kata dalam proses pengikitrafan,dalam proses permohonan atau sudah ada cuma surat belum keluar ..Ah yang ini kenalah berfikir..kalau belum ada bukti janganlah mabil kalau tidak sanggup menanggung risiko.
Mereka di sana mana mahu peduli yang penting para pendukung OUM dapat habuan wang ringgit setiap bulan. Masalah kita pohonkah tidakkah bukan masalah diorang.Itu masalah sendiri le..
Jadi, pandai-pandailah
Masalah SPP tidak mengiktiraf tu kita pun tak faham. Ada program tu misalnya Sarjana Muda Pendidikan(Pra-sekolah) sebenarnya sudah ada pengikitrafan dari JPA.
Mungkin SPP ini lebih besarkuasa daripada JPA dan LAN. Barangkali lah...
Kalau berani buatlah sesuatu yang boleh membuka mata semua yang terlibat.Jangan biarkan mereka menghisap darah kita.Kalau kita ni kilang duit bolehla...wang beribu-ribu lesap pun tak apa...
Pelik kalau macam... saya fikir isteri tuan mendapat maklumat yang tidak tepat. Sila buat semakan semula..
Kawan Tanpa Nama, bukan pelik memang betul, 2 orang kawan di sekolah ipar saya hadir temuduga tetapi SPP suruh balik apabila mendapati dagree mereka dari OUM.
Ini bukan salah faham atau salah informasi memang SPP kata asal dari OUM kena tunggu sebab ada masalah pengiktirafan oleh SPA.
Kalau u tak percaya cuba call SPP. Apa jawapan mereka.
Kalau SPP menafikan ini mungkin ada sabotaj dari kakitangan SPP sendirilah. Tapi kita tak menuduh mereka begitu sebab apa yang kawan-kawan yang hadir temuduga tu beritahu ialah mereka disuruh balik kerana temuduga mereka yang terlibat(OUM) sahaja digantung sementara waktu.Itu sahaja selebihnya aku tak tahu.....
Hairan, program yang diadakan bersama KPM - OUM, tidak diiktiraf... Nampaknya kami semua ni belaja sahaja dan dapat ijazah kemudian simpan ijazah tu dalam peti besi.
Saya sendiri terbabit dalam program KPM - OUM Sarjanamuda Pengajaran. Sedih rasanya.
Ada yang pandai cakap, mengapa tak semak dulu sebelum ikuti pengajian tu... Aku nak beritahu, orang tu memang paling BODOH, buat soalan macam tu...
Ini program Kementerian Pelajaran Malaysia, tawaran ini dibuka khas untuk guru-guru. Jadi, tawaran dari KPM ini, agak-agak perlu ke dibuat semakan?
Tapi, sekarang ni, aku nak umumkanlah bahawa mana-mana individu yang dah terlibat program ni teruskan. Manalah tau nak pencen nanti diiktiraf pula.
Saya antara yang mengikuti kursus OUM-KPM dalam tahun 2002. Telah menamatkan pengajian dan telah dilantik ke DG41.
Diawal kursus memang ada dengar ijazah kita belum mendapat pengitirafan SPA. Macamana SPA nak itiraf lagi. OUM belum keluarkan lagi Ijazah. Kami dari batch pertama OUM-KPM kena sabar sehingga Ijazah dikeluarkan baru dapat pengitirafan SPA.
Ijazah OUM yang telah selesai pengajian telahpun mendapat pengitirafan SPA. Batch seterusnya hanya menggunakan pengitirafan tersebut.
Dalam kes ini, mungkin Batch Pertama kursus yang diambil belum tamatkan pengajian. Selesai batch pertama, InsyaAllah SPA akan mengiktirafnya.
Yang sedang mengikuti kursus OUM-KPM, dinasihatkan jangan risau. Teruskan pengajian anda hingga tamat. Kementerian Pelajaran Malaysia tahu apa mereka buat.
Betul ke Cikgu Zaman...
Macammana dengan saya ni... dah dapat ijazahnya, konvo pada bulan 6 yang lepas.
Tapi....
Utk makluman cikgu2 yang mengikuti OUM-KPM, saya sudah dilantik ke DG41. Kursus Induksi dah pergi pada tahun lepas. Gaji DG41 juga telah terima. Tunggu pengesahan je.
OUM ada 2 jenis kursus.
1 OUM-KPM : Jenis ni utk cikgu2 sahaja. Keluaran yg lepas tak ada masalah.
2 OUM-Open Market : Yg ni utk sesiapa saja. Ada juga kursus yg tak sesuai utk menjadi cikgu. Kalau ada cikgu yg ambil, silap2 KPM tak akan melantik anda.
Itulah dah ku kateeeee..dari awal lagi bukan semua program OUM itu bole pakai kat sekolah..
Kita sebagaei pelanggan kenaleh..faham betui-betui diorang sana tu nak cari duit.
Kepala-kepala yang menubuhkan OUM tu bukan calang-calang bekas-bekas Naib canselor, profesor2 dan bekas-bekas orang kuat KPM suatu masa dahulu.Tentulah mereka pintar cari duit. Jadi kitalah penentunya...
Kepada kawan-kawan yang terkena tu jangan undur sebelum berlawan. Sekali melawan lawan habis-habis beb...
lain kali masuk laa IPTA ,, nie OUM tempat temberang jaa ,, camna nak kena iktiraf ,,, tutorialx pg , kerja khusus x buat pun bleh dapat A ,, janji baikkk dgn tutor... xda kredibiliti lgsung kluaran OUM ,,,
huh...aku pun taklarat nak cakap mcmne...bangunan tak ada macam mana nak berurusan...dengan siapa?
ada tutor tu juga yang sedang belajar di u. Mana ada masa dia nak cek kertas dia sendiri pun sebok buat kerja kursus..silap-silap dia zerox kita punya kerja
bengung..bengang...bengket....
Tak semua ijazah open market di oum tidak di iktiraf. Suami saya mengambil ijazah IT, CONVO bulan november 2009, interview spp bulan mei 2010., mendapat surat tawaran bulan spetember 2010... tengok tak susah mana nak dapat lantikan dlm pendidikan. Cara mesti betul, jangan-jangan korang salah online tak.
Rujuk laman SPP tu. OUM kata tunggu JPA iktiraf. Rasanya semua kursus OUM, JPA akan iktiraf. Bila JPA iktiraf SPP akan iktiraf
Pengalaman: Saya x-OUM-BIT 03-06. Masa mula belajar x diiktiraf pun. Habis belajar diiktiraf. 2 kali interview ngan SPP dan kedua2nya lulus, yg pertama tolak sbb BPSM x mau alih T Lantikan. Interview lagi sbb nak bg puashati anjakan dan DGA34
Kena sabau
sila lawat http://www.spp.gov.my/ dan baca tajuk NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA. ape maknenye tu....cakap banyak tak guna...assigment copy paste, kehadiran berape kali jek stahun, lecturer sambilan je,modul kacang,tup2 dapat pointer tinggi sbb baik dgn lecturer(ala2 bercinta gitu)mmg le tak iktiraf.kitorang belajar pjj kat ipta belajar mcm nak mati pun dpt pointer 2.00 lebih skit jer.tekanan2...tapi berbaloi sbb takde masalah pengiktirafan.kitorang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian......pjj oum pulak bersenang-senang dahulu dan harap senang kemudian...insyaALLAH kami tetap doakan...
Salam...
Buat kawan2 yang telah tamat dan akan tamat program ini, ijazah ini akan diiktiraf tidak lama lagi, Insyaallah...info ini dari pihak atasan OUM dan juga dari pihak SPP..tak silap saya bulan November nanti. Menurut pihak OUM, keadaan ini berlaku akibat dari masalah teknikal...Kita tunggu dan lihat...
Salam...
Harapan saya yang dah tamat pengajian oum-kpm sarjana muda pengajaran (sekolah rendah) agar pengiktirafan ini disegerakan..
Pihak KPM sepatutnya memastikan pihak oum menguruskan hal ini sebelum kohort 1 tamat pengajian mereka.
Dengan melambatkan pengiktirafan guru oleh SPP, bukankah ianya satu penginyaan terhadap warga pendidik yang telah banyak mengorban usaha, tenaga, masa dan segala2nya untuk segulung ijazah demi untuk meningkatkan pengiktirafan warga pendidikan, alangkah kecewanya.... bersama fikirkan
ya, ke 14minggu oum spp tak iktiraf lagi. dulu masa suami saya,ambil it macam tu juga. sept 2005-konvo 14.November 2009. isi online spp 22.Nov.2009. tmduga april 2010. tawaran jun 2010 surat lantikan okt 2010. tarikh lantikan pertama 14 Nov 2009.... sapa kata sarjana muda it oum tak iktiraf oleh kpm spp tu tak betul... laa ni kerani dok wak gaji.
sabar oum14 minggu. MQA sedang semak status sarjana kot..
saya seorang guru, saya ambil
OUM-Open Market : Sarjana Muda Teknologi Maklumat (BIT)atau it.
cabaran: Masa kami belajarpun guru-guru yg tak ambil BIT kata kursus kami tak iktiraf juga.
kami teruskan juga;
kerana
1. Ada jaminan dari BPG ( KPM ) berdasarkan surat kebenaran pd 2006.
2. LAN ( loni MQA ) iktiraf lihat portal dlm Portal oum.
3.Dapat Kelulusan SPP.
Saya belajar mei 2005.
konvo nov 2009
isi online spp 2009 (spp iktirafpun).
Temuduga Feb.2010
pakej Terima Tawaran Jun 2010
Surat lantikan minggu akhir sek.(Nov 2010).
SSP beri tarikh bermula Nov 2009 ( tarikh saya konvokesyen oum ke-7)
alhamdulillah berkat kesabaran.. dah 12 bulan gaji DG41. insy
Saya juga seorang guru
Tajuk: OUM yang terbaik
Saya dan isteri belajar di OUM kami ambil BIT kerana menyahut seruan PM pada masa itu (2005)
1.Sem.Pertama Sept. 2005.
2.konvo 14 nov 2009 di PWTC.
3.isi online spp 22 nov 2009
4.Temuduga 24 April.2010
5.dahpun lulus tmduga
Sekarang dok tunggu; pakej Terima Tawaran .
Harap guru2 14minggu oum bersabar, dlm Berita harian 23.11.lepas MQA kata, pengiktirafan akan diberi hujung Disember ini.
PENGALAMAN seperti guru2 14minggu oum alami ini telah lama kami alami....
jangan salahkan OUM....
Ijazah OUM diiktiraf
oleh
Then Joon Leong
Sebagai pelajar, tujuan kita ialah untuk menambahkan ilmu dan memenuhi kepuasan diri. Satu perkara lain yang juga sangat penting keyakinan bahawa ijazah yang kita perolehi itu diiktiraf oleh JPA dan/atau KPM (bagi warga pendidik).
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pelajar-pelajar yang menghadapi persoalan ini, terutama warga pendidik.
Saya pelajar ambilan pertama OUM pada bulan Ogos 2001 yang mengambil program BIT. Saya telah menghadiri konvokesyen pada 8.03.2006 seterusnya dipanggil temuduga oleh SPP pada awal September 2006. Kini saya sedang menunggu tawaran perlantikan ke DGA41. Daripada pengalaman ini, maka berani saya katakan bahawa Ijazah OUM memang diiktiraf oleh JPA dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Mungkin pelajar-pelajar menghadapi masalah program tertentu yang belum diiktiraf oleh KPM atau JPA. Isunya ialah, ia bukan tidak diiktiraf tetapi belum diiktiraf, sebab proses pengiktirafan LAN memerlukan masa. Oleh itu, berilah sedikit masa kepada OUM dan kepada diri sendiri.
Syabas OUM!
Salam,
Ijazah Sarjana Muda Pengajaran ( Pendidikan Rendah) dengan Kepujian telah lama diiktiraf oleh JPA
Maklumat Kelayakan / Detail Qualification
Bidang / Field of Study : PENDIDIKAN / EDUCATION
Negara / Country : MALAYSIA
Institusi / Institution : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (UNITEM)
Kelayakan / Qualification : Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian (A6530)
Mod / Mode : Separuh Masa (Part Time)
Nilai Taraf / Equivalent : Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain (equivalent to Bachelor of Education with Honours from other Public Institution of Higher Learning)
Tempoh / Duration : Bagi pelajar yang bergraduat mulai 18.1.2010
Masalahnya kenapa SPP masih dalam proses mengiktiraf
Da pun diiktiraf..Cube check dilaman web JPA..
salam...
nak tanya, boleh tak saya yang ambil diploma it, pastu nak ambil ijazah sarjana muda pendidikan di oum
harap saudara/saudari dapat membantu saya..
saya bekas pelajar program smp oum kokort dua dah temuduga dan dah lulus temuduga spp dengan diperakukan layak naik ke dg41 sejak mac 2011 lagi sampai sekarang tak dilantik,pada masa yang sama ada fresh graduate yang memohon sama dh dapat surat pengesahan jawatan pun.heran betul kementerian pelajaran ni.pada masa yang sama disuruh guru sembung belajar kononnya nak bagi sekolah menengah 100 peratus siswazah dan sekolah rendah 50 peratus siswazah.macam org dikementerian ni tak tau fikir
Dua perkara kita kena fahami betul2.
Pertama, fahami maksud guru siswazah 100% dan 50% itu. Kemungkinan maksudnya ialah guru yang memiliki ijazah tanpa mengira gred jawatan, yang penting memiliki ijazah. Dan ini bukan semestinya bererti DG41. Tujuan ijazah bukankah untuk meningkatkan mutu dan nilai ilmu seseorang guru?
Kedua, kemungkinan sasaran kementerian untuk mengisi 100% guru siswazah di sekolah menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010 sudah pun dipenuhi. Oleh kerana sambutan luar jangkaan daripada para guru yang menyahut seruan tersebut maka sasaran KPM itu dengan cepatnya telah tercapai. Ini amat membanggakan kita kerana KPM berjaya dengan visi dan misinya.
Justru itu, kepada semua guru yg berkenaan diharap dapat bersabar kerana KPM mungkin sedang berusaha untuk menambah perjawatan guru DG41 disemua sekolah rendah. Dan ini bukan perkara mudah kerana banyak prosedur berkaitan perjawatan perlu dilakukan diperingkat JPA. Urusan berkaitan dengan perjawatan ini bukan dapat diurus sehari dua. Malah mungkin beberapa tahun baru selesai.
Saya dan isteri guru sekolah rendah mengajar sabjek BM. Kami berdua telah mengambil program BIT(Sarjana Muda IT) di OUM sejak 2004. Kami berdua telah konvo pada nov 2009. Januari 2010 kami berdua memohon DG41 secara online di SPP. Bulan Jun 2010 kami telah ditemuduga dan telah dilantik ke DG41 mulai 2 Okt 2010. Yang seronoknya kami kekal di sekolah asal dan mengajar sabjek asal. Terima kasih kepada Kerajaan kerana memberikan peluang ini kepada kami untuk maju setapak lagi dalam profesion keguruan.
Dari pengamatan kami, kebanyakan guru2 yg belum dilantik adalah kerana mereka lambat mengemukakan permohonan walaupun sudah memiliki ijzah lebih awal daripada kami. Mereka berbuat demikian kerana mereka masih menunggu kenaikan pangkat ke DG32 atau DG34 terlebih dahulu agar nanti mendapat menaikan gaji yg lebih besar. Berbeza dgn kami suami isteri yg membiarkan sahaja terlepas peluang mendapat DG32 dan tidak membuang masa memohon dg41.
Akhirnya, sikap tamak dan mementingkan diri sendiri mereka menjerat diri sendiri apabila walaupun sdh mendapat kenaikan ke dg32 dan dg34 tetapi terlepas peluang untuk ke dg41 dan terlepas peluang senioriti utk ke dg44. Pepatah mengatakan "orang tamam selalu rugi" mungkin ada kebenarannya.
*pembetulan tamam = tamak
macam mana pula dengan ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak di OUM? dah di iktiraf ke belom? macam mana nak tahu..
saya sangat kecewa dengan pengurusan oum tawau di mana sehingga kini saya masih belum lagi konvo di sebabkan status markah last semester saya di oum tawau belum lagi dapat di keluarkan ,...saya adalah tajaan BPG 2006 dan last semester 2009 ...saya dah banyak kali merujuk agar markah saya dapat di keluarkan ..saya tidak faham kenapa markah saya di last semester tidak dikeluarkan sedangkan saya mengikuti semua prosedur...so saya sangat kecewa dan putus asa dengan pengurusan oum tawau..so kpd yang membaca atekal ini tolonglah selesaikan masalah yang saya hadapi ini...0148617680
Utk yg bukan guru tp berminat utk jd guru 2 bleh memohon? Tp ble da tmt course n da dpt ijazah, mcm mna nk apply utk jd guru? Mohon peencerahan..
untuk nak jadi guru di pra sekolah
.saya mempunyai pengalaman di tadika swasta je..tapi berminat nak jadi guru di pra sekolah.
umur dah 45 bolehkah ijazah oum dalam BECH pendidikan awal kanak- kanak yang saya boleh diiktiraf dalam pra sekolah..
Oum - open market tu mcm mna Maksud nya?
Adakah DPLI OUM diiktitaf oleh SPP
Saya pernah belajar di oum.Alhamdulillah ijazah saya diktiraf oleh KPM dan SPP
Saya lulusan maktab pas tu diploma kdpk and then degree OUM. Kemudian Masters. Now I am a lecturer kat university luar negara. Siapa kata OUM tak diiktiraf?
Camne nak masuk IPTA klu dah x dpt tempat..tuh yg sambung belajar degree kat swasta..
Saya pun baru nak amik degree pengajian Islam di OUM...alhamdulillah
Catat Ulasan