Rabu, 1 September 2010

Guru kena kreatif pupuk perpaduan

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2010/09/01


Aktiviti dalam, luar bilik darjah mampu wujud integrasi kaum di kalangan murid: TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sekolah dan guru lebih kreatif serta menggunakan kebijaksanaan mereka menyusun aktiviti dalam dan luar bilik darjah bagi memastikan pembabitan murid pelbagai kaum, selaras usaha memupuk perpaduan di peringkat awal.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perpaduan di kalangan murid sudah terjalin secara tidak langsung melalui aktiviti berkenaan tanpa disedari dan menjadi tanggungjawab sekolah dan guru untuk terus memupuk serta menjaganya sebaik mungkin.

“Saya percaya murid pelbagai kaum dan latar belakang tidak menghadapi masalah untuk belajar bersama-sama dalam satu bilik darjah, menyertai acara sukan dan kokurikulum serta menyokong pasukan rumah sukan masing-masing tanpa mengira perbezaan warna kulit.

“Pembabitan murid pelbagai kaum dalam aktiviti itu memberi ruang kepada mereka berinteraksi secara langsung dan seterusnya mewujudkan persefahaman. Inilah yang perlu terus dipupuk dan dijaga sebaik mungkin kerana murid bakal pemimpin negara,” katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-53, semalam.

Muhyiddin amat berharap generasi harapan negara itu dapat meneruskan kelangsungan hidup bersatu padu pada masa depan demi menjaga warisan kemerdekaan, selain menguasai ilmu dan kemahiran pelbagai bidang.

“Saya juga meminta murid menghayati dan memahami erti kemerdekaan dengan keinsafan kerana hanya dengan cara itu saja, baru mampu menggalas tanggungjawab menjadikan kemerdekaan ini milik kita selama-lamanya. Jika tidak berhati-hati dan asyik bertelagah sesama sendiri, keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati tidak akan bertahan lama,” katanya.
Muhyiddin juga berkata, Kementerian Pelajaran terus komited untuk menumpukan kepada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai penjana transformasi pendidikan merangkumi usaha meluaskan dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi serta mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Justeru, guru harus sentiasa bersedia menjadi penggerak transformasi dengan berusaha menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira latar belakang kaum dan sosio ekonomi serta membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang.

“Guru juga perlu ikhlas dalam mendidik dengan bertunjangkan matlamat pembinaan negara bangsa, serta menjunjung aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita 1Malaysia,” katanya.

Berita Harian Online: 1 September 2010

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yg ko temberang tuuu muhyidddinnnnnn ... ko jd Menteri Pelajaran pun atas alasan mau jd PM jaaa ... ko bukan ada kelayakannnn

Tanpa Nama berkata...

bagus lantik guru yahya jadi Menteri Pelajaran ,, kurang2 pun dia ada otak sikit banding dgn ko ... muhyiddinnnnnn

Tanpa Nama berkata...

Kepada kedua-dua penulis Tanpa Nama di atas, saya sangat kecewa dengan cara memberi komen. Kenapa komen YAB Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran sehingga begitu teruk? Apakah kita sudah hilang pertimbangan kewajaran pemikiran sebagai seorang guru yang selama ini dilatih dengan disiplin diri yang kuat melalui Etika Perguruan? Inikah Standard Guru Malaysia yang difahami oleh saudara/saudri selama ini???? Kalau inilah cara komen saudara/saudri sebagai guru terlatih selama 4 tahun di IPTA atau 5 1/2 di IPGM, saya rasa sangat kecewa sebagai guru yang selama ini cuba mempertahan martabat guru dikalangan masyarakat di Malaysia...

Saya rasa Kementerian Pelajaran Malaysia patut mengeluarkan anda dari dunia pendidikan dan jadilah manusia yang hanya penentang yang tak ada maruah diri...

Kerajaan rugi memberikan anda peluang pekerjaan di KPM..

sedih...amat sedih...seorang manusia yang lahir di bumi merdeka sanggup menghina seorang pemimpin negara.

ok..saya bukan tanpa nama di atas ..

Tanpa Nama berkata...

Kepada dua penulis Tanpa Nama teratas ...saya nampak awak ini tiada jiwa guru..langsung tiada nilai keguruan..nampak sangat memberikan komen seperti tulisan budak-budak nakal gelendangan dipasar PATI di Sabah..

IPGM mana awak belajar..IPTA mana awak menimba ilmu guru? Dari Pakistan,Afghanistan, Filipina .atau Indonesia ..yang mengajar orang jadi pemberontak

Awak dengan tidak segan silu menghina Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran...Ilmu yang awak dapat kalau hanya setakat di IPTA/IPGM sahaja belum cukup menandinggi pengalaman dan ilmu yang ada pada YAB Timbalan Perdana Menteri..

algojo berkata...

Dah la tu bergaduh...

Tanpa Nama berkata...

guru boleh galakkan perpaduan..
tp rasanya ibu bapa lebih berperanan utk pupuk perpaduan. sebabnya kadang2 prejudis terhadap kaum berpunca dari rumah..

Tanpa Nama berkata...

Pet

Tak mau turun padang ke kawasan pedalaman 2 n 3 ke?..mcm2 ada sini..walaupun guru2 bertungkus lumus...tapi result masih dipertikaikan..so, datang jenguk kami di pedalaman..tak kan bersuara untuk kawasan bandar n pinggir bandar ja..bila sampai di sini..tengok cikgunya, muridnya n masyarakatnyapenduduknya..faham kenapa result sedemikian...wawasan 2020 bukan lama lagi ni..tapi???