Isnin, 13 September 2010

Guru rayu pertukaran diluluskan

2010/09/12

KISAH ‘Guru Penat’ dari Perak di halaman ini pada 26 Ogos lalu amat menarik perhatian. Kami adalah pasangan guru yang menghadapi masalah sama, cuma bezanya saya dan suami dipisahkan dengan jarak tempat yang jauh di Pahang.

Secara tidak langsung, apa yang diperkatakan ‘Guru Penat’ mencelikkan mata saya mengenai beban tenaga, masa dan kewangan yang terpaksa ditampung. Soal kewangan menjadi tekanan kerana terpaksa berbelanja besar bagi menampung keperluan kehidupan di dua tempat yang berbeza.

Saya menduduki rumah sendiri tetapi suami menyewa di Kuarters Institusi Pendidikan berikutan tiada pilihan menyewa rumah lain.
Berikutan menduduki rumah kerajaan seperti ini, suami saya, guru gred DG44 kehilangan RM500 sebulan kerana tidak layak mendapat Imbuhan Tetap Perumahan (RM400) dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM100. Bagi tujuan berulang alik setiap minggu, saya dan suami bergilir-gilir dengan kos perbelanjaan perjalanan RM600 sebulan.

Permohonan pertukaran mula dibuka pada 1 September lalu, saya berharap Kementerian Pendidikan lebih prihatin. Dengan memenuhi syarat asas permohonan pertukaran, wajar golongan seperti kami diluluskan permohonan pertukarannya.

GURU MALAYSIA,
Pahang

Berita Harian Online: 13 September 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah dulu kena tawar mengajar di Sabah tidak mahu ...sebab.kononnya

1. Tambang balik mahal---kerajaan tanggungpun
2. Kos sara hidup disana mahal..mana ada
---sini rumah kerajaan bayar RM850.00 dan ke atas (ada lebih lagi)
3. Jauh daripada keluarga..sama juga Perak,Pahang pun jauh
4. Orang sana anti Semenanjung ..mana ada orang sini bukan anti semenanjung hanya orang-orang tertentu yang tidak dapat menyesuaikan diri sahaja yang cakap macam tu. Orang sini baik ma...
Mana-mana pun kalau tidak pandai membawa diri tu orang tidak suka..
Sebagai contoh ada sepasang guru tu seorang bergelar ustaz dan seorang lagi guru biasa..kerja mereka asyik melapor kat pengetua je guru-guru yang tak ngam dengan pengetua.Lepas tu suka tunjuk lagak depan pengetua seolah-olah dialah yang pandai..tau-tau buku rekod mengajar pun setahun tidak buat.tapi projek-projek kalau boleh semua dia nak angkut..

Jadi berdasarkan senario di atas yang masalahnya bukan orang disana tapi diri sendiri yang tidak pandai merendah diri..sebab terjumpa dengan pengetua yang temberang

aZMaN_hAkiMi berkata...

Assalamualaikum..
Sepatutnya bile org mengadu masalah,raikanlah..Jangan dikondem balik,dikutuk,disindir..Dah tu siap mengumpat hal org lain pulak tu..
Walau diri kita SEMPURNA mana pun, tapi x patutlah buat mcm nih..
Hari ni hari dia susah..mana tahu hari lain, hari kita. Kalau x dpt tolong sekalipun, gunakan bahasa yang baik..
Minta maaf ye..tapi cara anda kurang tepat.
Kepada yang mengadu, teruskan usaha&doa...jangan berputus-asa dengan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang :-)

ADMIN berkata...

SALAM…. TERLEBIH DAHULU SY UCAPKAN TIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG COMMENT DI SINI.. SAYA SUDAH MENGAJAR DI SARAWAK DARI TAHUN 2007.. DARI BUJANG SAMPAI KAWIN DAN BERANAK 2, SAYA TETAP MAINTAIN MINTA TUKAR.TAPI TIDAK PERNAH DILULUSKAN.. SEMUA KAWAN-KAWAN YANG SAMA BATCH POSTING DI SINI, BUJANG @ KAWIN SUDAH DAPAT TUKAR KE SMNJNG. PALING RAMAI YANG DAPAT TUKAR ADALAH KE PERAK.. SEDANGKAN SAYA PON MINTAK KE PERAK. SAYA ADA MENYEDIAKAN LAMPIRAN LAPORAN PERUBATAN, LAPORAN POLIS SKALI. TAPI TAK PERNAH DAPAT. APA BEZA SAYA DENGAN CIKGU YANG BUJAUNG @ KAWIN BARU POSTING 1 DAN 2 TAHUN DAH BOLEH PINDAH… DI MANAKAH KEADILAN PIHAK KPM DAN KERAJAAN DALAM SOAL INI? SAYA PON ADA ORANG TUA YANG SUDAH TUNGGU MASA SAJE KATE ORANG.. JANGAN MARAHKAN RAKYAT KALO ADA YANG MULA MENYOKONG PARTI YANG LAGI SATU.. MINTAK PIHAK KPM ATAU WAKIL BERI RESPON… 0139292852