Jumaat, 10 September 2010

Keliru arahan JPN Perlis larang guru ajar tuisyen

2010/09/09

BARU-BARU ini, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis mengeluarkan surat arahan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah di Perlis agar guru cemerlang di negeri itu tidak lagi mengadakan kelas tuisyen.

Pada hemat saya, arahan ini melanggar surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang antara lain membolehkan guru termasuk guru cemerlang mengadakan kelas tuisyen tidak melebihi empat jam seminggu.

Dalam hal ini, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis tidak adil dalam misi dan visi jabatan. Jabatan menuntut agar pelajar di negeri ini lulus dengan cemerlang dalam semua peperiksaan awam tetapi mengeluarkan arahan guru cemerlang tidak boleh mengadakan kelas tuisyen.

Sebenarnya, hanya segelintir guru cemerlang di Perlis yang mengadakan tuisyen di pusat tuisyen. Itu pun atas permintaan ibu bapa malahan ramai juga pegawai di JPN, pengetua dan guru besar yang menghantar anak ke pusat tuisyen yang dikendalikan guru cemerlang.

Mereka menghantar ke pusat tuisyen yang diajar oleh guru cemerlang kerana yakin dengan kepakaran mereka.

Selebihnya, kebanyakan guru cemerlang mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar tanpa mengira masa, wang dan tenaga malahan mereka rela mengorbankan masa mereka untuk berehat bersama keluarga.

Malangnya, pihak jabatan tidak menasihati guru yang berniaga sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan.
Bagaimana pula dengan guru yang sentiasa berkebun, memancing, main golf dan sebagainya yang tidak menyumbang langsung kepada perkembangan pendidikan di sekolah?.

Sepatutnya, JPN mengeluarkan arahan atau amaran kepada mereka kerana aktiviti golongan ini tidak menyumbang kepada pendidikan negara.

Percayalah, kami guru cemerlang negeri Perlis tetap terus menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun sentiasa menjadi sasaran.

GURU CEMERLANG,
Perlis

Berita Harian Online: 10 September 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepada guru cemerlang saya rasa larangan itu kerana ada guru mengadakan kelas tuisyen dengan meminta bayaran dari murid.

mana boleh minta bayaran dari murid sendiri apa lagi kalau dibuat kat sekolah...SALAH

Tanpa Nama berkata...

Pelik juger yer ... Kalau anak yang belajar di pusat tuisyen lebih faham, tapi belajar kat kelas di sekolah tak faham apa yang cikgu ajar, terutama matematik. Adakah kaedah mengajar tak sama, atau aper yer ... Anak saya belajar kat kelas tak faham, pergi tuisyen baru faham. Nasib baik ada kelas tuisyen. Tak per lah, esok dalam kubur lu jawablah .....

akusuka berkata...

dalam kelas seramai 30-40 orang manakan sama dengan kumpulan kecil 10-15 orang atau tuisyen individu... kalau kira kira sekecil macam ni pun tak boleh nak fikir... patutlah anak tuan benak matematik.

Tanpa Nama berkata...

perkara ini bukan sahaja berlaku di Perlis tetapi di Perak begitu juga..
Saya juga hairan tentang ini. Mungkin merasakan guru lebih cemerlang di pusat tuisyen dan tidak cemerlang di sekolah. Tapi bagi pandangan saya, saya menyokong pendapat pembaca blog ini yang menyatakan bahawa guru cemerlang yang membuat tuition akan membangunkan pendidikan di sesebuah negeri.

Sekiranya guru tersebuat ialah cemerlang dari segi semua aspek, sememangnya tidak ada sebarang masalah didalam mahupun di luar kelas kerana mereka tetap menjalankan tanggungjawab mereka mendidik...

amir berkata...

apehal nak kaitkan orang gembira dgn hobi masing2..kau nak huat tusyen tu buat la..nak dengki org ade hobi pehal..isian waktu lapang adalah hak individu