Sabtu, 25 September 2010

Menteri Pelajaran tiada kuasa eksekutif -TPM

25/09/2010 3:19pm

MUAR 25 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencabar pemimpin DAP Lim Kit Siang untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh menteri untuk mengambil tindakan disiplin.

"Lim Kit Siang, tolonglah... fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas dakwaan Kit Siang bahawa beliau enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya dan seorang guru di Bukit Selambau yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini. - Bernama

Utusan Malaysia Online: 25 September 2010

2 ulasan:

suspek berkata...

assalamualaikum..saya merupakan seorang guru GSTT. Saya ingin bertanya bagaimanakah nasib kami selepas ini. Mengapa kami guru-guru GSTT tidak diberi peluang untuk menjadi guru tetap kerana kami amat berkeyakinan bahawa kami telah menerima pelbagai ilmu semasa kami menyandang jawatan GSTT ini dan kami yakin kami lebih bersedia dan lebih baik sekiranya kami diberi jawatan tetap. kami telah mendapat bermacam-macam pengalaman dan mengapa kami tidak dilantik menjadi guru tetap. Kami amat kecewa kerana permohonan kami bagi kursus KPLI dan DPLI ditolak sedangkan dinyatakan bahawa keutamaan diberikan kepada GSTT. Sampai bila kami harus menunggu?

Tanpa Nama berkata...

Salah chanel ni......