Sep 4, 10
6:27pm
Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam Ogos lalu, menerima nasib berbeza.
Nasib yang berbeza ini menimbulkan tanda tanya kerana masa depan Siti Aishah bergantung kepada kertas siasatan yang akan dibentangkan JPA kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.
"Sepanjang tempoh itu, beliau (Ungku Aznan) tidak dibenarkan berada di sekolahnya, sebaliknya diberikan bilik khas di PPD Kuala Muda/Yan," kata sumber Jabatan Pelajaran negeri semalam.
Menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.
Katanya, pihaknya masih menunggu siasatan lengkap mengenai pengetua lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, pengetua lelaki sekolah menengah luar bandar itu dibenarkan kembali ke sekolahnya pada 1 September.
Tindakan menempatkan sementara pengetua berkenaan di Pejabat PPD itu dipercayai bagi mengelakkan beliau dikunjungi wartawan dan partai politik sementara siasatan lanjut ke atasnya dijalankan lebih terperinci.
Sumber itu berkata, pertukaran itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.
Katanya, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari selepas kejadian itu.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu yang dijalani Ungku Aznan itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.
malaysiakini: 4 September 2010
1 ulasan:
Undang-undang mencegah penghinaan bangsa dan agama orang lain hendaklah diperketatkan. Mereka yang menghina,merendah-rendah,memecahbelah bangsa orang lain, menyibarkan fitnah, menipu,merosakkan imej negara dan mereka yang penghianat negara sendiri hendaklah dikenakan hukuman berat.
Catat Ulasan