Sabtu, 4 September 2010

Sokong kaji beri elaun pindah

2010/09/04

SAYA menyokong penuh kenyataan oleh Mua'lim dalam ruangan ini bertarikh 23 Ogos lalu berkenaan gesaannya memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula pemberian elaun pindah kepada guru yang memohon pertukaran sendiri.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran bertarikh 27 Ogos lalu pula memberi alasan ia disebabkan kekangan peruntukan. Kementerian tidak seharusnya menjadikan alasan itu untuk menafikan hak guru kerana ia jelas dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Saya mewakili rakan guru mencadangkan agar tuntutan elaun pindah dibenarkan tetapi pembayarannya boleh dibuat selepas kementerian mempunyai peruntukan.

Situasi menang-menang ini lebih baik kerana tiada pihak yang akan teraniaya. Dalam suasana ekonomi yang dikhabarkan makin pulih, saya percaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh pertimbangkan cadangan ini.

Kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), bantu kami menuntut hak kami.

GURU TERKILAN,
Papar, Sabah

Berita Harian Online: 4 September 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju elaun pindah rumah guru kerana biasanya masa pindah itulah banyak wang keluar kerana tambang individu dan barang-barang.
Tetapi dalam masa sama, saya juga memahami kemampuan kerajaan membayar elaun pindah rumah tersebut kerana banyak lagi perkara utama yang kerajaan tanggung.

Namun begitu saya ada cadangan kepada kerajaan bertujuan mengurangkan beban kerajaan membayar elaun pindah kakitangan, iaitu;-

1. buat beberapa kategori guru yang akan berpindah mengikut tempoh berkhidmat disesuatu sekolah tidak kurang 3 -4 tahun,
5-6tahun, 7 -8 tahun, 9-10 tahun dan keatas. Berikan had-had tuntutan jadi ini boleh menjimatkan wang kerajaan. Mungkin ini membebankan tetapi apa boleh buat daripada langsung guru itu berpindah satu sen pun tidak kena bayar

2. bagi guru-guru yang ingin berpindah atas kehendak sendiri beri maklum awallah tidak boleh menuntut. Dahulu perkara ini dikuatkuasakan tetapi selepas itu ada surat perkeliling pula semua kakitangan awam boleh menuntut

3. Bagi mengurangkan tuntutan guru/KTBM yang berpindah janganlah tempatkan mereka ditempat yang jauh. Misalnya guru-guru dari Kelantan dan Terengganu disumbat ke Sabah dan Sarawak. Berilah peluang kepada orang-orang Sabah dan Sarawak kerana ternyata ramai graduan menganggur di kedua-dua negeri tersebut yang masih mencari pekerjaan. Beribu orang dari kedua-dua negeri tersebut yang masih menganggur.

Jadi tiadalah alasan mereka hendak pindah atau terlalu jauh daripada keluarga....

Geram2 berkata...

Saya sokong cadangan GURU TERKILAN dari Papar,Sabah. KPM jangan bagi jawapan yang sama, Kami sudah bosan. Sebaliknya kaji lah pandangan guru-guru untuk mengatasi masalah ini.Jangan biarkan kami tertekan dan mengajar tanpa motivasi..