RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati
bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling
mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis,
pegawai penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan
seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan
aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan
seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life
Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang
mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan
program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah
seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi
untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan
kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat
bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya
berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk
bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu
kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau
kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak
menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan
dan pencegahan," katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah
berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh,
Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu
melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan
praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio
and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio
and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa
aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit
belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga
boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan
jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat,
berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang
tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja,
skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
Utusan Malaysia Online: 24 April 2012
Selasa, 24 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Betoi sangatla beban tugas guru ni berat sampai ada orang kata...janda guru jangan ambik buat bini sebab dah teruk sangat disumbat-sumbitkan laki dia...guru. Itulah beban tugas guru sebenarnnya, melaayan suami atau menhenjut bini...ptuiiii!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan