Khamis, 26 April 2012

Guru rugi RM3,550 ditipu kenalan Internet


WONG menunjukkan gambar Adrian yang dirakam melalui web perbualan secara dalam talian kepada Chong di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM3,550 ekoran terpedaya dengan seorang lelaki yang baru dikenali selama dua minggu yang turut mengaku meminatinya.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 36, berkata, dia mengenali lelaki tersebut, Adrian Steve yang mendakwa dirinya sebagai peniaga berbangsa British melalui laman web www.badoo.com pada awal April lalu.
“Adrian pernah meluahkan perasaannya serta melamar saya seminggu selepas kami saling berkenalan.
“Namun saya tidak menerima lamarannya dan hanya mahu berkawan memandangkan saya tidak pernah bersemuka dengannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.
Jelasnya, selama ini, mereka hanya berhubung melalui kamera web dan telefon namun lelaki terbabit masih tidak berputus asa memujuknya untuk menerima lamaran itu.
“Pada 19 April lalu, Adrian memberitahu, dia akan menghantar satu bungkusan yang mengandungi wang sebanyak AS$3,000 (RM9,186) dan beberapa barang kemas sebagai tanda cinta dia terhadap saya.

Kosmo Online: 26 April 2012

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menjatuhkan martbat guru aja.bodoh guru ini.lain kali kalau bodoh dan mudah ditipu, tak payah sebarkan kat orangramai,diamlah saja. jangan jadi 2 kali bodoh