Khamis, 5 April 2012

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat penambahbaikan sistem pendidikan


MUHYIDDIN Yassin ketika hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri 2012 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 3 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Exco Pelajaran Negeri bagi membincangkan dasar-dasar penambahbaikan dan sistem pendidikan negara.

Mesyuarat Menteri Pelajaran bersama Exco dan penyelaras pelajaran negeri itu bertujuan meningkatkan rangkaian kerjasama yang lebih sistematik antara kedua-dua pihak.

Antara yang dibincangkan di dalam pertemuan tertutup itu adalah dasar-dasar baru dan usaha penambahbaikan kepada dasar sedia ada, inisiatif kementerian serta prosedur dan garis panduan pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Mesyuarat yang dijadual diadakan dua tahun sekali itu juga bertujuan memastikan pelaksanaan program pendidikan di peringkat akar umbi lebih teratur dan berkesan.

Melalui mesyuarat itu, Kementerian Pelajaran dikatakan akan memberi penjelasan dan penerangan kepada Exco pelajaran negeri mengenai perancangan dan dasar-dasar baru.

Atas platform yang sama, Exco pelajaran negeri dijemput memberi pandangan terhadap usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Utusan Malaysia Online: 4 April 2012

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon TPM tamatkan segera kontrak Rektor IPGM. Inikerana sepanjang menjadi Rektor tiada pembaharuan yang dilaksanakan oleh Rektor ini. Bagi kami beliau seperti makan gaji buta..!Mohon dengarlah rintihan kami wahai Sang Menteri

Tanpa Nama berkata...

Cuba Pak Menteri tengok kemudahan asas di IPG. Contohnya IPG Kampus Ilmu Khas. Nama saja Ilmu Khas tetapi segala kemudahan di takuk lama. Ini aku senaraikan betapa barang-barang lapok yang diwarisi oleh kami para pendidik:
a. Trek yang masih menggunakan bitumin dan amat berbahaya untuk digunakan
b. Kelas yang tidak selesa dengan ketiadaan kemudahan fizikal yang baik (tiada aircond, elektrik selalu terputus dan tiada kemudahan LCD)
c. Kejadian mencuri yang berleluasa di tempat kononnya mendidik bakal guru
d. Kepimpinan yang selalu memandang para pensyarah dengan pandangan yang negatif
Cukup takat ini walaupun banyak lagi hendak diperkatakan. Harap Bapak Menteri buatlah lawatan mengejut ke IPG dan lihat sendiri betapa cacatnya kami di sini.

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia..

Saya ingin meminta sedikit perhatian pihak kementerian berkenaan dengan Sistem Pertukaran guru... Hal ini kerana walaupun eg-tukar telah digunakan sekian lama, masalah perpindahan guru masih merumitkan.. Kebanyakkan guru yang ingin bertukar adalah di sebabkan masalah keluarga (suami/isteri & anak jauh).. harap pihak KPM ambil anisiatif berhubung masalah ini... Harap ada permbaharuan akan di bawa...