2012/04/28
MUHYIDDIN bersama isteri, Puan Sri Norainee
diiringi Musa ketika tiba pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah
Kebangsaan Ranau, Sabah, semalam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian berkenaan dilaksanakan jawatankuasa kerja khas manakala sesi dialog mengenainya akan dimulakan bulan ini.
Kajian dijangka siap akhir tahun ini dan kita akan laksanakan beberapa
langkah yang boleh dibuat awal tahun depan. - Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri
Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin serta Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, turut menerima tapak tanah bagi pembinaan Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah di Menggatal, Kota Kinabalu.
Muhyiddin berkata, Dasar Transformasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meletakkan bidang pendidikan sebagai antara aspek utama dalam menentukan kejayaan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Untuk mencapainya bukan mudah dan ia adalah cabaran besar yang perlu kita hadapi. Satu daripada tumpuannya ialah pembangunan modal insan kerana ketika itu Malaysia bakal menjana Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) berjumlah RM1.3 trilion dan bagi mencapainya, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih.
"Ketika ini, jumlahnya dalam 12 juta dan kita perlu menambah kira-kira 3.3 juta dan itu sebabnya kita perlu memberi penekanan terhadap tuntutan pendidikan prasarana ke arah melahirkan modal insan berkualiti," katanya.
Sehubungan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, tuntutan pendidikan bukan hanya terhad untuk pembangunan infrastruktur malah meliputi penyediaan tenaga pengajar terlatih bagi membolehkan negara melahirkan modal insan berkualiti, berilmu dan berkemahiran.
Berita Harian Online: 28 April 2012
7 ulasan:
Masalah sekarang Bapak Menteri ialah pendidikan ini menjadi lubuk politik dalam kalangan UMNO. Kami para pendidik sudah fed-up dengan sistem yang ada ini. Biarlah menteri pendidikan ini dalam kalangan pendidik yang faham akan tuntutan pendidikan di Malaysia. Cuba lihat juga IPG yang semakin dilupakan. Betapa kami sengsara dengan pelbagai peraturan yang zalim terutama masa bekerja dari jam 8 hingga 5 petang. Ini kerja GILA..!
takpelah....IPG office aircond.
Office aje aircond. Pensyarah hanya ditempatkan di ruang terbuka yang sempit dan tiada kemudahan yang baik. Nak berakpun susah air selalu tiada. Pleaselah kalu tak tahu jangan komenlah
Pensyarah ke ni? Kalu aku le tak payah bising apa2.. Kalu tak puas hati bagitau kaum kerabat undi PR je pru13 ni..ppastu tengok apa jadi...
Dah nakkan title pensyarah, terima je lah. Kalau tak happy, go back and rot in school ler. Biasalah, pensyarah-pensyarah baru sekarang ni, semuanya nakkan yang hebat. Sabar lah ye, nanti bila jadi Ketua Jabatan, dapatlah office untuk diri sendiri. IPG mana tu sampai nak berak pun susah. Gi tukar IPG lah. Ataupun apply jadi pensyarah di institut lain yang lebih hebat.
Pertamanya untuk saudaraku yang menjawab, ini beberapa kenyataan:
1. Title pensyarah hanya digunakan di IPG di peringkat SPP atau JPA jawatan kita hanya PPPS.
2. Ceramah Rektor dah sebut jawatan Pensyarah pada hakikatnya sama dengan guru sekolah rendah di Pulau Gaya, Sabah. Ini kerana kita berada pada Akta Pendidikan 1996.
3. Hadam betul-betullah perkara ini supaya jelas dimana kita sebagai pensyarah, kununnya.
4. Bersangkutan dengan tukar kerajaan, Insyaallah akan kami laksanakan dan terus laksanakan.
Wahai sahabatku kembalikan kepada pokok persoalan utama iaitu KEBAJIKAN PENSYARAH DAN KEMUDAHAN ASAS KEPADA SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN.
5. Ketidakpuashati kami ini bukan sahaja dikongsi oleh pensyarah baru tetapi juga oleh pensyarah lama dan tidak pelahap pada jawatan KJ yang kerja membebankan tetapi sekupangpun tiada elaun diberi.
Oklah tu. Apepun, orang yang tak faham panggil pensyarah. Pakai necktie dan pakai coat. Boleh pegi observe pelatih di sekolah, orang pandang tinggi.... Claim pun banyak...Orang yang tak faham tak tahu pensyarah nak buang air pun payah.Cikgu cikgi di sekolah pulak duk pulun nak buat masters nak jadi pensyarah. Ngajar berpeluh-peluh, duduk di bilik guru hingga ke petang pun berkipas angin, claim pun satu tempat duduk teksi. KJ bukan ngajar pun, asyik g meeting je, tak payah nak berelaun-elaun...
Catat Ulasan