Selasa, 17 April 2012

Wajarkah guru memakai selipar semasa mengajar?

SAYA merupakan guru perempuan yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya adalah guru baru ditempatkan di sekolah, saya agak keliru dengan suasana pemakaian guru wanita di sekolah ini.

Ini kerana, tidak ada seorang pun yang boleh saya jadikan contoh dalam pemakaian kasut dan stoking. Kami semasa belajar di IPG diajar untuk berpakaian dengan penuh etika sebagai seorang guru. Kami dilatih untuk menjadi contoh kepada orang lain termasuk juga kepada murid.

Apa yang berlaku di sekolah ini adalah sebaliknya, daripada pihak pentadbir iaitu guru besar hanya memakai kasut tanpa bersarung kaki sehingga ke pihak guru-guru sekalian hanya memakai selipar apabila ke sekolah. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka apabila melakukan apa saja aktiviti sekolah hanya berselipar termasuk semasa mengajar di dalam kelas. Tidak dinafikan, selipar yang mereka pakai penuh dengan gaya dan jenama.

Namun begitu, apabila saya selak surat pekeliling akan hal ini, saya agak terkejut apabila saya merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Perempuan menyebutkan guru perempuan boleh memakai selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.

Mohon penjelasan pihak berwajib terutamanya Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Utusan Malaysia Online: 17 April 2012

6 ulasan:

guru siswazah lama berkata...

saya sangat tidak setuju kalau ada guru yang berpakaian selipar ke kelas. Saya menganggap guru ini tidak layak sebagai guru. Guru adalah tontonan, ikutan, rujukan, dan idola sesetengah pelajar.

Jadi kalau lah seseorang guru itu dibenarkan memakai selipar silap-silap pelajar pula memakai selipar yang lebih teruk seperti seorang artis barat yang kehidupan merekalah happies

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya menjadi seorang guru seharusnya bermula dengan ilmu yang cukup tinggi dan keupayaan mengajar dengan baik sehingga hasil pengajaran dan pembelajaran berjaya. Dengan erti kata yang lain daripada pelajar yang tidak tahu menjadi tahu, daripada tak pandai menjadi pandai. Ini yang perlu diutamakan. Sementera soal pakaian, selagi mereka menutup aurat kira oklah. Berapa ramai guru yang datang dengan pakaian yang seksi tanpa menutup aurat tidak pernah ditegur oelh guru besar.
Usahlah mengambil isu-isu yang remeh sebegini. Utamakan isi pelajaran kita supaya sudah tidak ada lagi perasuah yang mengsonglap wang rakyat dengan pelbagai penipuan. Ayuh para pendidik bangkitlah daripada tidur. Kenangkanlah jasa Ibrahim Yaacob yang berjuang melawan kezaliman British.

jangan tunjuk lagak berkata...

kamu guru baru belajar bertatih jangan nak berlagak sangat. soal kasut atau selipar tidak penting asal beri keselesaan semasa mengajar

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baiknya kasut seperti yang digariskan - bertumit, bertutup dsb. Tapi jika menjejaskan kesihatan, apa salahnya berkasut rendah tapi masih sopan. Selipar mungkin tak sesuailah.

guru siswazah lama berkata...

Bukan tunjuk lagak..tapi itulah peraturan seorang guru dihadapan murid menunjukkan sikap dan pemakaian yang sopan

Tanpa Nama berkata...

Slm... ape2 hal guru wanita Islam WAJID memakai stokin... kerana ASAS kpd Aurat Wanita adalah SELURUH ANGGOTA BADAN KECUALI MUKA & TAPAK TANGAN....so, kenalah guru wanita mamakai kasut. Walaupun tidak selesa untuk mengajar AURAT mesti dijaga bagi WANITA MUSLIM....TQ...