Selasa, 25 Mei 2010

Alimuddin belum terima laporan

2010/05/25

KUALA LUMPUR: “Saya belum menerima laporan berhubung kes berkenaan,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika mengulas mengenai tindakan seorang guru sekolah menengah di Dengkil menggunting rambut lebih 20 pelajar perempuan yang melepasi dahi.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, penjelasan berhubung kejadian itu hanya akan diberikan selepas beliau kembali bertugas dan mendapat laporan mengenainya.


“Saya tidak boleh memberi komen kerana saya sedang bercuti, memang saya ada membaca laporan akhbar, tetapi perlu tahu keadaan sebenar sebelum memberi sebarang ulasan,” katanya.


Akhbar ini semalam melaporkan sebuah sekolah di Dengkil kecoh apabila 10 ibu bapa pelajar tampil menuntut penjelasan sekolah berkenaan selepas seorang gurunya bertindak menggunting rambut lebih 20 pelajar perempuan yang melepasi dahi.


Pelajar itu ditahan selepas menghadiri perhimpunan pagi, selepas guru terbabit mendapati mereka tidak mematuhi peraturan sahsiah diri ketika di sekolah, Khamis lalu.


Guru terbabit dipercayai sudah memberi amaran kepada pelajar sebelum menggunting rambut mereka. Bagaimanapun, ibu bapa berkenaan meluahkan rasa marah terhadap guru itu kerana bertindak keterlaluan menggunting rambut anak mereka.

myMetro: 25 Mei 2010

5 ulasan:

pemerhati guru2 berkata...

macammana nie cikgu...gunting rambut cikgu dululah..baru nak gunting rambut anak murid...tak boleh guna kelembutan sikitkah cikgu...

apa kata cikgu sponser anak2 yang degil nie gunting rambut dekat salon atau kedai gunting rambut yang dekat tepi jalan tu..mana tau mereka nie tak ada duit nak gunting rambut? ala..berapa jer kalu setakat RM5.00 seorang berbanding gaji cikgu yang tak habis sebulan tu...

mana tau juga mereka nie anak orang2 miskin tegar.. yg ibu bapanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? baik cikgu check latar belakang mereka sebelum bertindak sesuka hati..

ok cikgu2...jadila cikgu yang dikenang kerana kebaikan dan bukan dikenang kerana kebengisan..adios..

Tanpa Nama berkata...

kalau orang Islam,pakai la tudung. Itu lebih baik dan ianya merupakan kewajiban.

Untuk cikgu-cikgu, berfikirlah sebelum bertindak.

The best way ssepatutnya sebelum berlaku seperti ini, bincang face to face dgn student2 ni, kalau tak selesai juga, bincanglah dengan pengetua.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana anak-anak hari tak kurang ajar dan biadap. Dah la map bapak tak mampu nak didik. bila cikgu ambil tindakan ... marahkan cikgu. Patutnya...ucaplah terima kasih kpd cikgu.

Kpd mak bapak yg marah-marah tu... buatlah sekolah sendiri kat Dengkil.

pemerhati guru2 berkata...

hai tanpa nama, cakap biar hati2.satu hari nanti kitapun jadik mak bapak jugak..seteruk2 anak orang, anak sendiri belum tau lagi...so, cakap biar bertapis...

kalau tanpa nama nak suruh buat sekolah sendiri kat dengkil, sesaklah pula dengkil tu nanti.

teerimaaa kasih cikgu...(upin style)

Tanpa Nama berkata...

1. MAK BAPAK TERLALU MEMANJAKAN ANAK
2. MEREKA TAK BOLEH DIHUKUM OLEH GURU.
ITULAH SEBABNYA MURID2 HARI KURANG AJAR.
TERIMA KASIH KPD CIKGU SAYA DULU YG PERNAH MENDENDA DAN MENGHUKUM SAYA... SAYA BERSYUKUR...HARI INI SAYA JADI ORG.
KALAULAH MACAMZAMAN SKRG, ALAMAT JADI SETANLAH SAYA.
TEERIMA KASIH CIKGU....