Sabtu, 8 Mei 2010

BERSYUKURLAH DAPAT JADI GURU

SEJAK kebelakangan ini, banyak sungguh rungutan daripada mereka yang bergelar guru. Ada sahaja yang tidak puas hati terhadap apa yang dinikmati sekarang.

Bermula dengan isu guru penat mengajar, guru teraniaya, guru tersiksa mengajar di kawasan pedalaman dan entah apa-apa lagi, setiap rungutan dipaparkan bagi meraih simpati kerajaan dan orang ramai.

Meneliti setiap rungutan yang dipaparkan oleh media, nampaknya guru sekarang terlalu berkira dan tidak lagi ikhlas bekerja demi agama, bangsa dan negara.

Pepatah, guru menerangi kehidupan orang lain tidak lagi sesuai dipraktikkan kerana segala apa yang dilakukan guru sekarang, mereka mahukan pembalasan sama ada gaji lebih, elaun lebih dan lain-lain.

Jika itulah rungutan guru sekarang, cuba fikirkan tentang rakan penjawat awam atau swasta lain yang sesetengahnya bergaji jauh lebih rendah, walaupun memiliki kelulusan akademik yang sama.

Kalau tak sanggup pikul tugas sebagai guru, lebih baik letak jawatan agar murid dan pelajar tidak menjadi mangsa guru yang terlalu berkira dan tidak ikhlas bekerja.

PENOREH GETAH

Jeli, Kelantan

Utusan Malaysia Online: 8 Mei 2010

3 ulasan:

guru lama berkata...

apa niat tersirat di sebalik artikel ini?

Tanpa Nama berkata...

dun tell people how to 'bersyukur', am sick of dis kind of people! Kalau xbersyukur, xdelah guru2 sanggup ke sabah sarawak, pedalaman lain seluruh semenanjung.. Kekadang manusia bukan guru ni, xtawu apa yg dihadapi guru, mcm seorang guru tidak tahu apa yg dihadapi seorang penoreh getah.. Kita jgn cepat judge org, tanpa selami dulu kemelut yg dihadapi seseorang.. Jika pon marah pada seorang insan yg bernama guru, jgn label semua guru begitu.. Jgn disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga'..

dela taufique berkata...

ya betol..jangan cepat menilai orang begitu. jgn sbb marahkan guru A , hbs semua guru lain dikaitkan sekali.