Selasa, 24 Ogos 2010

Pendapat Pembaca "Penghinaan Namewee lebih dahsyat tapi tiada tindakan diambil"

Tanpa Nama Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya masukkan pendapat pembaca ini setelah mendapati tulisannya menunjukkan beliau menjiwai tugas guru. Biar siapa kita, tak kira parti mana yang disokong, tugas guru mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yang berguna kepada negara perlu diutamakan.

Alangkah bagusnya kalau beliau dapat memberikan pendapat dengan menggunakan identiti beliau yang sebenar, bukannya Tanpa Nama.

Tanpa Nama berkata...

Merujuk tulisan En. Norhisyam Bin mohamad.Saya berpendapat ruangan blog perkhidmatan pelajaran ini tidak sesuai untuk memperkatakan soal-soal fahaman politik sama ada dari parti kerajaan atau parti pembangkang. Jadi saya menyangkal tulisan encik Norhisyam kerana ia lebih kepada tujuan menghuru-harakan keadaan dan bukan memberikan idea yang boleh menjernihkan suasana dalam warga sekolah.

Sepatutnya sebagai warga guru kita memberikan pendapat bagaimana dan kenapa sesuatu perkataan yang sepatutnya tidak boleh diucapkan di sekolah boleh terjadi dikalayak ramai. Tetapi encik Norhisyam lebih menjurus kepada cakap-cakap orang politik dan bukan orang-orang pendidikan.

Sepatutnya juga apabila memberikan idea, berilah idea yang tidak menjurus kepada melaga-lagakan kaum, agama atau terlebih-lebih menonjolkan kaum ini atau kaum itu. Kita dalam pendidikan sebenarnya tiada istilah engkau Cina, engkau Melayu, engkau India, engkau orang Sabah atau engkau orang Sarawak. Apa yang ditekankan dalam pendidikan ialah mengajar murid dadlam kelas-kelas secara menyeluruh tanpa mengiran siapa engkau...Sedangkan orang asing pun berhak mendapatkan pendidikan apa lagi orang Malaysia dan sekarang ini slogan kerajaan ialah 1MAlALAYSIA. Apabila kerajaan mengwar-warkan GAGASAN 1MALAYSIA apakah perlu kita hendak membeza-bezakan kaum-kaum dalam Malaysia dari segi hak mendapatkan ilmu dalam pendidikan?Tentu sekali jawapannya tidak kerana sebagai guru tugas kita ialah bukan menjaga satu kaum sahaja tetapi semua kaum tanpa mengira agama,status dan fahaman politik diberikan pengajaran yang adil,saksama dan lain-lain lagi.

sebab itu marilah kawan-kawan semua dalam ruang blog perkhidmatanpelajaran ini luahkanlah pendapat yang ada nilai-nilai yang menyeluruh..

2010 Ogos 24 03:54

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama tidak penting yang penting tu jiwa kita sebagai seorang guru..

Saya juga suka mengingatkan kepada semua guru agar ingat-ingatlah 5 perkara yang menjadi pegangan kita sebagai seorang guru selama ini,iaitu Etika Perguruan;-

1. Tanggungjawab kepada pelajar
2. Tanggungjawab kepada ibubapa
3. Tanggungjawab kepada masyarakat
4. Tanggungjawwab kepada agama,
bangsa dan negara
5. Tanggungjawab kepada rakan
sejawat

Jadi bila nak mengulas atau memberikan pendapat melalui blog-blog ingatlah perkara 3 dan 4 di atas.

TERIMA KASIH..LAH