Isnin, 2 Ogos 2010

Wujudkan akuan bersumpah guru berpolitik

APABILA kerajaan memutuskan para guru siswazah layak berpolitik tentulah mereka telah membuat kajian yang betul agaknya. Namun begitu janganlah tergopoh-gapah kita membenarkan para guru mencebur diri dalam politik.

Saya tidak sedikit pun iri hati mendengarnya tetapi ingin memberi nasihat berdasarkan pengalaman saya mencebur diri dalam politik khasnya UMNO.

Saya cadangkan, para guru yang dibenarkan aktif dalam politik ini dihadkan aktiviti mereka. Mereka tidak digalakkan memegang jawatan sebagai pengerusi atau setiausaha JKKK, masjid, pegawai adat bagi majlis nikah kahwin dan ahli majlis perbandaran.

Jika di peringkat UMNO bahagian pula, mereka sekadar menjadi ahli jawatankuasa atau pemeriksa kira-kira sahaja kerana, jika mereka memegang jawatan yang penting dan aktif, kita semua jangan menyesal apabila ramai guru yang memegang jawatan penting ini akan meninggalkan sekolah mereka apabila ada mesyuarat/majlis penting yang menjemput mereka hadir.

Malah lebih merisaukan jika mereka dilantik menjadi ahli majlis perbandaran yang mana mereka perlu menghadiri banyak majlis dan mesyuarat kerana dibayar elaun bulanan hingga RM1,000 sebulan dan mendapat kemudahan lain.

Apabila mereka menjadi ahli jawatankuasa mana-mana UMNO bahagian pula, yang bernasib baik dilantik pula menjadi ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat kerajaan negeri dan menerima elaun khas lagi.

Jadi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran harus berhati-hati membenarkan para guru yang memohon berpolitik. Wujudkan satu akuan bersumpah supaya mereka boleh diambil tindakan tata-tertib jika melanggar akuan bersumpah itu.

Ini kerana jika hendak memberi sumbangan dan pandangan, mereka boleh menyalurkan pendapat melalui mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan jika terpilih menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, carilah peluang untuk berhujah dengan bernas malah jika menghantar e-mail pada Perdana Menteri kita pun boleh juga.

AHLI SETIA UMNO

Klebang Besar, Melaka


Utusan Malaysia Online: 3 Ogos 2010

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LECEH BETUL lah semua ni. Tak payah benarkan lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang menggelarkan dirinya Guru_Guru ni..nadamu ini seolah-olah hendak menghalang guru lain pegang jawatan tinggi.Apa salahnya diorang pegang jawatan tinggi kalau ada kemampuan.Soal meninggalkan tugas tu diorang taulah urus tak paya mengajar itik berenang...Apa pula nak suru jadi ahli biasa sahaja...ceh ....tak masuk akallah..orang tak tinggi sekolah pun boleh jadi ketua kenapa pula guru siswazah boleh..kalau macam ni buat apa nak benarkan guru berpolitik...buat forex lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

Apa guna sekolah tinggi-tinggi kemudian pegang gred DG44 hingga DG48 di sekolah tetapi nak cadang jadi ahli biasa sahaja. Orang tak sekolah pun boleh jadi ahli biasa apa lagi kalau pegang jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG48.apa pun jawatan boleh pegang jawatan Menteri Pelajaran pun boleh bah..

Tanpa Nama berkata...

Kepada AHLI SETIA UMNO,Klebang Besar, Melaka, saya rasa saranan awak ni berbentuk halangan kepada seseorang ahli UMNO untuk memegang jawatan penting dalam parti.Awak cadangkan supaya guru siswazah hanya pegang jawatan ahli biasa sahaja kerana awak yang tak tinggi sekolah ni takut ditenggelamkan.Soal kesibukan tugas nanti terpulanglah kepada empunya badan nak terus jadi cikgu ke atau demi menjaga profesion perguruan meletakkan jawatan dan menjadi ahli politik sepenuh masa..Itu tak ada masalah..janganlah nak ajar itik berenang...
Saya sudah lama jadi ahli UMNO dalam diam-diam tapi jawatan saya sebagai guru tak pun terganggu...

Tanpa Nama berkata...

Ye.... lah tu...bila musim pilihanraya/perhimpunan agung, selalu tak da kat sekolah. Menyusahkan cikgu lain kena ganti kelas. Sapa berani tegur. GB, Pengetua..... dua-dua tu boleh kena tukar bila-bila masa je kalau banyak cakap.

Tanpa Nama berkata...

Soal tukar-tukar GB atau Pengetua tu bukan tugas orang politik melainkan orang politik yang menyalahguna kuasa.Kalau dalam politik pun sudah menyalahgunakuasa macam mana jadi pemimpin nanti lagilah gila kuasa

Tanpa Nama berkata...

Orang yang layak menukarkan GB dan Pengetua hanya Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran atau Pengarah Pelajaran Negeri. Itupun jika terbukti salah pentadbiran. Setakat nak regur orang politik kerana campurtangan dalam pentadbiran sekolah lalu minta GB dan Pengetua ditukar serta merta,.. itu zaman dulu lah tak main lagi beb.

Tanpa Nama berkata...

Awak masih baru agaknya dlm bidang perguruan. masih buta senario di sekolah.
tak pa lah.....bila dah lama nanti,... fahamlah tu.

raja mlewar berkata...

oh, kebenaran ini rupanya untuk ahli umno sahaja. agaknya, jika ingin bergiat dalam PAS adakah akan terhalang?

Tanpa Nama berkata...

Semua guru di sekolah bukan barang mainan orang politik.Guru ada harga diri,Kementerian Pelajaran ada peguam sendiri membela guru yang dianiaya oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab sehingga menjatuhkan maruah profision perguruan.Saya bukan orang baru dalam pendidikan sudah 23 tahun menjadi guru dan belum ada guru yang dibuang oleh orang politik. Di Sabah benda-benda macam ni tak mainlah beb...mungkin ditempat lainlah..Itupun bukan mencerminkan sifat orang politik keseluruhan hanya segelintir sahaja orang politik yang memikirkan diri mereka sangat berkuasa daripada Menteri Pelajaran. Memanglah Menteri Pelajaran, Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran dan Setiausaha Politik pada dasarnya mereka ini orang politik total, tetapi apabila mereka sudah memegang jawatan dalam Kementerian Pelajaran secara langsung mereka terlibat menjaga dan mempertahankan intergiti Kementerian Pelajaran Malaysia...Takkan itu pun tak faham..

Tanpa Nama berkata...

Oh...cikgu SABAH ka...adoii. ikat ka Cikgu Semenanjung. patutlah...org cerita bab kena tukar, u cerita bab buang kerja.
Buang masa betul... kalau tau Cikgu Sabah opunya kenytaaan, nescaya saya tak layan.

Tanpa Nama berkata...

Geng ...bukan soal Sabah atau semenanjung. U ingat guru-guru Sabah ni tak reti bahasa ke???Kami sangat tau bahasa orang lain. Itu sebab kami tiada masalah dalam pergaulan dengan sesiaapa sahaja.Orang Melayu, Cina, Dusun, Bajau atau sesiapa sahaja tanpa mengira anutan agama dan haluan politik boleh duduk semeja. Janji menghormati orang lain seadanya. Jadi soal ditukar ke dibuang kerja ke itu soal disiplin dalam kerja. U tak buat kerja bagus tukarlah, u tak reti hormati budaya orang lain tukarle....Malah guru-guru yang datang ke Sabah kami layan mereka dengan seadanya tapi memanglah mereka yang baru ke Sabah agak kekok sedikit..macam juga orang Sabah ke Semenanjung beberapa bulan tu masih terbawa-bawa dengan Sabahannya tapi sudah lama oklah...Orang semenanjung yang datang ke Sabah pun sama juga beberapa bulan tu bahasa mereka masih pelat beberapa lama tu barulah lurus. Cuma yang susah lurus tu kalau mereka yang datang dari Kelantan dan Terengganu. Apa pun tiada masalah kami boleh duduk semeja..di Kantin sekolah..Jadi jangan kata kami tak tahu bahasa...beb..dan soal politik ni kami tak bawa ke sekolah. Itu sebab orang politik sangat menghormati warga sekolah..Tapi bab-bab nak bagi tukar ke nak buang ke tak adale....mainan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah geng ..baik k ulas budak tumbuk guru tu..apa k rasa oren..

Tanpa Nama berkata...

NO KOMEN. BUANG MASA SAJA.