SHAH ALAM: Dua guru sebuah sekolah di daerah ini bakal berdepan hukuman gantung mandatori jika didapati bersalah selepas polis yang menahan mereka menemui dadah di sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 15 di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, sepasukan polis Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan empat lelaki termasuk dua guru terbabit. Hasil pemeriksaan polis merampas lapan botol ubat batuk seberat 14.8 liter, 2,200 pil pelbagai jenis yang belum dikenal pasti dan 10 pil kuda yang disimpan di dalam rumah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata ketika serbuan, suspek terbabit enggan memberi kerjasama dan berdiam diri walaupun anggota polis mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu. “Dua guru sekolah kebangsaan yang ditahan berusia 39 dan 28 tahun manakala dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28 tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua suspek terbabit direman bermula semalam hingga 9 Jun ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun Keseksaan.Nordin berkata, hasil siasatan mendapati rumah itu milik kelindan lori dan kini menyiasat sejauh mana aktiviti pengedaran dadah itu dan rangkaiannya.
myMetro: 4 Jun 2010
2 ulasan:
Pembabitan guru dalam kegiatan najis dadah menconteng arang di kalangan guru. Bilangan guru yang terlibat semakin hari semakin bertambah bukan sahaja di kawasan bandar tetapi di kawasan luar bandar. Kejadian semalam amat menggores hati saya sebagai guru. Kementerian patut buang serta merta guru yang melanggar etika perguruan. jangan lagi ada pertimbangan seperti memindahkan guru dari bandar ke kawasan luar bandar atau menurunkan pangkat mereka. Kalau sikap sudah sampai mengedar dadah dimana-mana pun guru ini ditempatkan tidak akan mengubah sikapnya. Mungkin berubah hanya sementera sahaja. Barangkali cara pemilihan guru perlu diperketatkan dengan mengadakan beberapa saringan keutuhan supaya mereka yang ingin menjadi guru benar-benar memenuhi Standard Guru Malaysia.
Hari ini bilangan guru yang bermasalah semakin bertambah dengan penglibatan sesetengah mereka dalam kancah najis dadah, pelacuran, skandal sex dan sebagainya.
Saya mencadangkan kepada Bahagian Pengambilan Guru supaya memasukkan ujian air kencing, Ujian kecergasan, ujian tingkahlaku dan lain-lain yang perlu. Mana-mana calon yang didapati gagal tidak layak menjadi guru. Apa yang berlaku sekarang ialah cara pemilihan yang sangat mudah di mana calon hanya mengisi borang, kemudian jika SPM, atau STPM bagus maka mereka di panggil Ujian Bertulis dan jika lulus ujian bertulis mereka dipanggil temuduga. Berdasarkan laporan beberapa calon yang di panggil temuduga, soalan-soalan yang diajukan tidak memberikan ujian sebenar kepada calon dimana ada penemuduga hanya bertanya 'kenapa pilih UPSI kenapa tidak pilih UMS?Apa kelebihan universiti ini dan apa kekurangan universiti ini? Saya rasa soalan-soalan sebegini rupa tidak layak dan tidak sepatutnya diajukan kepada calon. Sepatutnya soalan yang diajukan ialah kenapa milih bidang perguruan, apa visi dan misi menjadi guru, apa subjek yang anda suka, kenapa pilih subjek ini, apa yang anda faham tentang subjek ini, apa sikap seorang guru yang benar-benar dipanggil guru. Ini sepatutnya soalan yang paling penting.
saya mencadangkan supaya semua guru di Malaysia terutama guru-guru yang mudah baru ditempatkan perlu ada ujian air kencing dalam proses perlantikan tetap
Seorang guru sekolah kebangsaan di daerah Shah Alam berusia 28 tahun manakala dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28 tahun yang ditahan pada 4/6/2010 dibebaskan selepas didapati tidak bersalah. Hanya guru yang berusia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun Keseksaan
Catat Ulasan