2010/06/19
MERUJUK kepada SMS ‘BASHA:BHA001163’, dalam ruangan rakan@bh akhbar ini bertarikh 19 Mei lalu bertajuk ‘Guru Tingkatan Enam memangku DG44, DG48, DG52 sejak Januari sudah lebih dua tahun masih belum disahkan jawatan’.Keputusan urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) ke gred DG44, DG48 dan DG52 di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam melalui fasa satu (kumpulan pertama), boleh disemak melalui laman web Kementerian Pelajaran mulai 16 Mei lalu.
Surat penyiaran kenaikan pangkat bagi Pahang, Perak, Kedah, Sabah, bahagian pendidikan Islam dan bahagian pendidikan teknik dan vokasional sudah dikemukakan kepada calon melalui ketua jabatan masing-masing mulai 26 Mei hingga 1 Jun lalu.
Bagi negeri dan bahagian lain, surat penyiaran sudah dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan bahagian berkenaan pada 2 Jun lalu.
Bagi calon fasa satu (kumpulan kedua) iaitu mereka yang tidak dapat dikekalkan di sekolah sama di dalam fasa satu (kumpulan pertama) kerana tiada kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran, mereka ditempatkan di sekolah lain yang masih ada kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran.
Perakuan kenaikan pangkat calon terbabit mulai 18 Julai tahun lalu dijangka dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) akhir Jun ini, selepas semua perakuan diterima dari JPN dan bahagian berkenaan.
Setakat ini, calon bagi Melaka dan Johor sudah dikemukakan pada 10 Mei lalu untuk pertimbangan LKPPP di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, calon boleh hubungi talian berikut:
Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (03-88847887); Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, bahagian pendidikan teknik dan vokasional, bahagian pendidikan khas dan bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster (03-88847935); Johor, Melaka dan bahagian pendidikan Islam (03-88847959); Sabah dan Perak (03-88847930); Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (03-88721418).
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 19 Jun 2010
11 ulasan:
Fasa II bila la tu
Salam satu Malaysia...saya antara warga pendidik yang juga mengajar tingkatan 6..permohonan sudah d majukan untuk pemangkuan DG41 ke DG44 fasa ke 2 namun khabar masih sepi..sedangkan tahun 2011 hampir menjelang..rasa terpinggir di kalangan guru yang telah dilantik walau mereka lebih junior semakin terasa..layak kah saya mengajar tingkatan 6 pada tahun depan tanpa ada surat pengiktirafan mengajar tingkatan 6..kami mohon..,fahamilah perasaan kami.yang sangat mengharapkan perkara..ini agar semangat kami terus luntur...
Pernahkah kita cuba meletakkan diri kita pada situasi yang dirasakan org lain....?! soalannya bila lagi keputusan pemangkuan DG44 untuk guru tingkatan 6 fasa 2 ini selesai...tak selesai-selesai pun pada hal ini zaman cangih...tak payah guna kapal layar seperti zaman kesultanan...
Kami meminta jasa baik Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengambil berat/perhatian tentang Guru-guru tingkatan Enam ini yang mengajar di SMKA , khususnya di Kelantan yang ketinggalan lantikan pada Fasal 1 atau yang dilantik pada kategori yang sama (hanya bertukar KUP kepada Hakiki sahaja), sedangkan mereka layak untuk dilantik ke kategori yang lebih baik. Sedangkan guru-guru tingkatan Enam di sekolah lain yang senasib dengan kami telah mendapat pembelaan dan pangkat yang sewajarnya setelah ada perhatian dari pihak atasan mereka. Kami di SMKA ini nampaknya macam telah di anaktirikan oleh pihak BPI. Oleh itu tengok-tengok lah keadaan ini, di mana silap dan lembabnya urusan ini. Semoga kami dapat menjalankan amanah dengan baik dan tidak merasa teranianya.
Salam 1Malaysia. saya merupakan warga pendidik tingkatan enam sejak 1998 hingga kini..namun tidak diiktiraf dengan surat pelantikan sebagai guru tingkatan enam.. saya menduduki tangga DG44 secara timebase pada tahun 2007..saya amat kecewa apabila anak murid dan guru baru saya telah pun menerima surat lantikan, padahal saya belum lagi sehingga kini..mengapa..tolong pertimbangkan perkara ini...
salam semua..tahniah kepada guru tingkatan 6 yang telah mendapat surat perlantikan dan kenaikan pangkat...itu rezeki anda....namun apa yang saya terkilan kami guru pra-u ,mengajar semenjak 1997 namun tidak mendapat kenaikan pangkat dari dg 44 ke dg 48,sedangkan guru lain yang baru mengajar dalam tempoh 3 tahun telah dinaikan pangkat ke gred dg 48....padahal kami jauh lebih senior dari mereka di Tingkatan 6..dimana penghargaan dari Kementerian kepada kami yang memerah keringat selama ini..adakah ...penjawatan di tingkatan 6 sebagai batu loncatan kepada guru lain/baru untuk mendapat gred yang lebih tinggi tanpa menunggu time base...
mohon kementerian semak semula perlantikan dan kenaikan pangkat guru tingkatan 6...tahukah kementerian bahawa kami yang dah mengajar hampir 15 tahun namun tidak mendapat sebarang keistemewaan dari penambahbaikan tersebut....
haaa? keistimewaan?
ada PTD? kalau bukan...jangan berangan.
guru baru dah dapat surat? maknanya anda bukan guru pilihan pengetua...
anda tak suka? itulah hakikatnya..
tak puas hati... sila hantar surat rasmi berhubung kes ini untuk dirujuk semula oleh KPM bhg sumber manusia. siasatan akan dibuat ke atas JPN dan Pngetua berhubung kes tersebut. Biasanya ada kes tercicir dsb....
penjelasan semula kenapa dapat/tidak akan diberikan secara bertulis oleh KPM.
dapat perkataan HAKIKI SAJA?? maknanya skr zaman berjimattt
kuar sijil/surat..lebih kurang 2.00 ajer... save gaji mahal-mahal..
setakat membising kat sini, tak de faedah.. buat surat rasmi ke KPM.. baru dilayan.. okkk
kalau tak anda terus TERCICIR...
SBB saya dulu un tercicir... bila fight..dapat laa..iaitu surat HAKIKI jer....
ambik je laaaaaa
salam...
setuju...cikgu tingkatan 6... kerja senang...gaji banyak... sila kaji semula
Sekarang ni masih ada lagi yang tercicir. Tanya JPN kata nama tak ada dalam senarai,tanya sekolah,sekolah kata dah hantar.Mana satu betul..kita kena main. Kata rakyat diutamakan.Asyik - asyik tercicir,dari fasa 1 sampailah tahun 2011 ini.Tak nak kasi, cakap betul-betul.Ni asyik alasan sama
Catat Ulasan