SAYA ucapkan tahniah atas peringatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengenai cuti Sabtu bagi para guru.
Persoalannya, bagaimana pula dengan murid-murid yang terpaksa ke sekolah setiap hari Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan?
Saya ada seorang anak yang belajar di salah sebuah Sekolah Rendah Agama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka ) di daerah Alor Gajah.
Saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah ini terutama kepada guru besar dan para guru yang berusaha gigih untuk menaikkan nama sekolah serta meningkatkan prestasi murid.
Mereka sanggup berusaha tanpa had masa untuk meningkatkan prestasi murid-murid tanpa sebarang bayaran.
Apa yang saya rasa terkilan adalah pihak sekolah mengadakan kelas tambahan sepenuhnya sepanjang cuti pertengahan tahun ini. Murid-murid darjah 5 dan 6 diwajibkan hadir setiap hari ke sekolah sepanjang cuti persekolahan ini kecuali pada hari Sabtu dan Ahad.
Murid-murid darjah 1, 2, dan 3 yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat zon dan daerah juga diwajibkan hadir setiap hari. Ini agak mendukacitakan kerana waktu cuti persekolahan inilah masanya kami ibu bapa dan penjaga untuk membawa anak-anak pulang ke kampung atau berjalan-jalan makan angin. Anak-anak kami takut tidak hadir ke sekolah tersebut kerana telah diberi amaran untuk mesti hadir setiap hari.
Kami ibu bapa dan penjaga tidak ada masalah jika waktu cuti persekolahan ini digunakan 2 atau 3 hari atau sekurang-kurangnya seminggu sahaja untuk diadakan kelas tambahan dan bukannya menggunakan sepenuhnya waktu cuti tersebut.
Guru-guru mungkin tidak ada masalah kerana mereka hanya bergilir-gilir hadir ke sekolah sedangkan murid-murid mesti hadir setiap hari. Saya juga pernah mendengar rungutan guru-guru yang perlu hadir bertugas 7 hari dalam seminggu termasuk Sabtu dan Ahad atau hari kelepasan am.
Masalah ini telah saya kemukakan kepada pihak pengurusan sekolah tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Saya harap pihak JAIM dapat memantau perkara ini.Utusan Malaysia Online: 7 Jun 2010
2 ulasan:
MASALAHNYA. JAIM, JAIS, JAIJ dan yg sewaktu dgnnya tidak terikat dgn peraturan KPM.
Objektif belajar agama pun dah lari da matlamat asal. hari SRA pun nak kejar keputusan cemerlang dlm peperiksaan mereka sendiri.
Kalau kat Selangor ni lagi teruk....Hari SAbtu.... pagi kelas tambahan SK , PTG kelas tambahan SRA. Mereka pun berlumba-lumba nak catat keputusan terbaik dlm PSRA
Kesian budak -budak kita.....
Tahniah kepada KPPM kerana memberikan peringatan kepada semua Pengetua dan Guru-Guru Besar. Memang tepat pada masanya arahan ini dihebahkan kepada umum sekurang-kurangnya ibubapa boleh bertindak jika ada Pengetua/Guru Besar yang memaksa datang pada hari Sabtu. Bukan apa, sekarang ini ramai Pengetua dan Guru Besar yang membuat tindakan yang melebih-lebh daripada ibubapa pelajar kononnya mahu mencapai KPI sekolah. Sebenarnya kalau KPI sekolah meningkat mereka pun cepat naik pangkat jadi Pengetua Cemerlang atau Guru Besar Cemerlang.Tetapi, bukan semua Pengetua/GB begitu hanya segelintir sahaja pengeta/GB yang lain itu betul-betul ikut peraturan.
Kadang-kadang Pengetua ikut peraturan ada juga Penolong Kanan yang melebih-lebih. Buat arahan tidak ikut peraturan kononnya itulah yang terbaik dan yang paling pelik tidak merujuk kepada pengetua. Dia buat ikut suka hati sahaja.yang ini memang tidak betul rasanya PK begini tidak layak naik pangkat kerana awal-awal lagi sudah menunjukkan sikap tamak dan tidak fikir perasaan rakan kalau DG44 tidak apa kita tabik juga ini masih lagi Dg41
Catat Ulasan