Rabu, 16 Jun 2010

Pengetua taksub pada prosedur

ISNIN lalu saya ke Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh untuk mendapatkan pengesahan salinan kad pengenalan anak saya daripada pengetua sekolah tersebut.

Saya memberitahu petugas wanita di kaunter pertanyaan pejabat sekolah itu tentang hasrat pengesahan salinan itu untuk disertakan pada borang peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). Petugas minta kad pengenalan anak saya yang asal, dan saya memberitahu tidak ada kerana anak saya sedang mengikuti kuliah di universiti.

Untuk makluman, jarak dan masa semata-mata untuk mengambil kad pengenalan asal tidak masuk akal. Sedangkan anak saya baru masuk program asasi di sebuah universiti di Lembah Klang dan hanya dapat keluar waktu petang. Pada hari Sabtu pula, semua pejabat kerajaan ditutup.

Jadi mahu tak mahu ke sekolahlah sasaran untuk mendapatkan bantuan pengesahan dan ia dekat dengan rumah. Malangnya, saya dikecewakan oleh pengetua wanita yang tiada memikirkan budi bicara dalam melayan permintaan orang bukan kerajaan seperti saya.

Janganlah terlalu patuh membuta tuli pada prosedur. Peraturan itu manusia yang buat dan boleh diubah mengikut pertimbangan yang wajar.

Akhirnya saya terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur mencari rakan yang sudi mengesahkan salinan kad pengenalan itu.

Saya cadang Kementerian Pelajaran tarik hak pengetua ini untuk mengesahkan apa sahaja bahan yang memerlukan pengesahan daripada pegawai kerajaan. Bimbang dia akan kecewakan banyak lagi orang seperti saya kerana terlalu taksub dengan prosedur.

bapa kecewaa

Saujana Utama, Selangor

Utusan Malaysia Online: 16 Jun 2010

1 ulasan:

Cikgu Bob berkata...

saya tak bersetuju dgn tuduhan penulis terhadap pengetua terbabit sedangkan ada rakan sejawat saya yang diheret ke mahkamah kerana mengesahkan salinan sijil spm anak muridnya yg hendak sambung pelajaran(tanpa melihat yg original), rupa2nya sijil tu telah diedit oleh bapa murid tersebut yg juga rakan kepada guru tersebut... pengetua tu bukan taksub kepada prosedur tp berhati2...