24/06/2010 2:39pm
KOTA BHARU 24 Jun - Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) Ke-49 di sini hari ini meluluskan beberapa resolusi termasuk memohon kerajaan menaikkan elaun tanggungjawab pengetua daripada RM150 kepada RM600 sebulan.
Yang Dipertua PKPSM, Datuk Azam Md. Atan berkata, cadangan lain ialah supaya kerajaan menetapkan jawatan pengetua pada gred DG52 berbanding DG48 sekarang serta mewujudkan gred jawatan JUSA B di kalangan pengetua. - Utusan
Utusan Malaysia Online: 24 Jun 2010
2 ulasan:
Kalau Persatuan Pengetua-Pengetua Malaysia minta elaun mereka dinaikkan, bagaimana pula dengan Penolong-Penolong Kanan yang selama ini sering dibebani tugasan yang sepatutnya dibuat oleh Pengetua. Apakah mereka tidak berhak dinaikkan elaun???????
Jawab....jawab jangan tak jawab
Wow...Jusa B untuk Pengetua sekolah. Pengarah Jabatan Kerajaan peringkat negeri pun kebanyakan Gred 54 saje.
Catat Ulasan