Rabu, 1 September 2010

Lelaki dakwa ditendang guru kaunseling

2010/09/01

GEORGETOWN: Seorang lelaki mendakwa ditendang guru kaunseling di sebuah sekolah rendah di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, dekat sini, sehingga menyebabkan jari tengah kaki kanannya retak, mengakibatkannya tidak dapat menjalankan perniagaan membuat peralatan besi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Mohd Nazri Abdul Wahab, 43, yang berada di sekolah anaknya untuk menemui guru besar bersama isteri dan dua anak lelakinya, disepak di dada oleh guru kaunseling sekolah itu.


Mereka ke sekolah untuk mengambil beg anaknya, Muhamad Nuramin, 11, yang dirampas guru disiplin selepas murid itu pulang ke rumah kerana tidak berpuas hati dikenakan denda selepas berselisih faham dengan pelajar perempuan.


Selain itu, mereka juga ingin mendapatkan penjelasan guru kaunseling berusia 20-an menampar belakang badan serta mencekik Muhamad Nuramin.


Mohd Nazri berkata, dia keluar dari bilik guru besar bersama seorang anaknya untuk mengenal pasti guru memukul anaknya dan selepas guru kaunseling terbabit mengaku, dia cuba mendekatinya sambil menunding jari ke arah guru itu.


Mohd Nazri yang terkejut dengan tindakan guru kaunseling itu turut membuat laporan di balai polis sama selepas menerima nasihat peguam serta saudara terdekat selain melihat cedera di kakinya.

myMetro: 1 September 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Statement dalam surat khabar nie sama sekali tidak betul..banyak penipuan dan unsur fitnah yang dikeluarkan oleh bapa budak itu..!!Saya ada semasa kejadian ini berlaku dari mula lagi di bilik guru depan mata saya..

Guru tersebut telah difitnah dan pihak Kementerian telah menutup kes ini dan pihak sekolah dan guru tersebut tidak bersalah!!

Penang

Nizar_Ryza berkata...

biasanya laporan akhbar cenderung memburukkan guru dan menghina profesyen perguruan. saya sudah lama meluat dengan permainan akhbar ini, yaang saya sifatkan sebagai tidak bermoral. jika ada guru berbuat sesuatu yang kurang baik, ianya terus menjadi bahan muka hadapan untuk memperlekehkan guru, terutamanya Harian Metro dan Kosmo.

Tanpa Nama berkata...

Kalau cikgu menyaksikan kejadian itu depan mata cikgu, kenapa cikgu dan pihak sekolah tidak mengambil tindakan terhadap bapa budak tersebut? Jangan biarkan nama guru dan sekolah tercemar...
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan tegakkan benang yang basah!!!!