Selasa, 31 Ogos 2010

Polis siasat guru power

2010/08/31

JOHOR BAHRU: Polis sudah menjalankan siasatan terhadap aduan bapa seorang pelajar berkaitan tindakan seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah di sini, yang didakwa mengedarkan risalah ubat perangsang seks kepada pelajar terbabit, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya yang menerima aduan berkenaan juga bakal mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pelajaran Johor bagi menyiasat perkara itu.


“Selain Jabatan Pelajaran Johor, polis turut merujuk aduan berkenaan kepada Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan bagi mengenal pasti sama ada produk yang didakwa diedar oleh guru itu mempunyai kelulusan.


“Kami juga akan mengambil keterangan daripada pengadu dan guru berkenaan,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan guru disiplin didakwa mengedar risalah ubat perangsang seks kepada pelajarnya.

myMetro: 31 Ogos 2010

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah berita ini sahih malu besarlah golongan guru.
Apalah nasib guru hari ini. Sementara yang lain sedaya upaya menjaga martabat guru ibarat menatang minyak yang penuh yang lain pula segelintir guru menabur pasir diatas nasi sendiri.

Kenapalah hendak jadi cigku kalau tiada keinginan.

GURU OH GURU..

Tanpa Nama berkata...

Klu tak tahu citer sebenar... jgn buat spekulasi... Pihak Jabatan hanya menyalahkan Guru itu shaja tanpa diberi pembelaan yg sewajarnya... siasat dulu tindakan yg dilakukan oleh bapa pelajar terbabit... dimana beliau hanya mencetak dilaman web guru tersebut kemudian menyebarkannya dgn mendakwa guru terbabit yg menyebarkan... fikir secara rasional... Tindakan yg dibuat oleh bapa pelajar terbabit... saya lebih kenal guru terbabit dari mereka yg hanya pandai menyalahkan guru tersebut... Tindakan Jabatan yg tidak memberi pembelaan ke atas guru tersebut amat memalukan...

rosman mohamed berkata...

lulusan sarjana muda wajib mengajar add math...fizik.. kimia sahaja...subjek lain mana2 kutu berahak boleh ngajar...hehe

rosman mohamed berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rosman mohamed berkata...

lulusan sarjana muda pendidikan wajib mengajar add math...fizik.. kimia sahaja...subjek lain mana2 kutu berahak boleh ngajar...hehe

rosman mohamed berkata...

lulusan sarjana muda pendidikan wajib mengajar add math...fizik.. kimia sahaja...subjek lain mana2 kutu berahak boleh ngajar...hehe