PEGAWAI Pelajaran Gabungan Kuching, Sarawak, Badui Une, menasihatkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), meningkatkan usaha dan kemahiran bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu, September depan.
Beliau berkata, mereka hendaklah memanfaatkan setiap program yang disertai kerana mampu menambah pengetahuan, selain sebagai persediaan sebelum menduduki ujian penting itu.
Katanya, setiap program diadakan sudah pasti berkesan dalam membantu calon menilai keupayaan diri menghadapi peperiksaan itu.
Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Cawangan Bank Rakyat, Atan Sirat; Ketua Wilayah Sarawak, Bank Rakyat, Nazaruddin Zainal Abidin, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuching, Azman Abdul Azi dan Pengurus Jabatan Pengurusan Keanggotaan, Zubir Abdullah..
Seramai 250 anak anggota Bank Rakyat dan ahli koperasi sekolah di sekitar Kuching menyertai seminar sehari itu.
"Justeru, saya berharap calon UPSR memanfaatkan setiap program yang diadakan untuk mereka termasuk yang dianjurkan Bank Rakyat ini," katanya.
Sementara itu, Atan dalam ucapannya, berkata seminar berkenaan adalah sebahagian daripada keprihatinan bank koperasi itu membantu pendidikan anak anggota supaya mampu menjadi pelajar cemerlang.
Berita Harian Online:29 Mei 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan