Rabu, 21 Januari 2009

Kemudahan pertukaran bukan hak mutlak kakitangan awam

SAYA ingin memberi pandangan berhubung surat 'Pegawai Sedih' dalam ruangan ini kelmarin berhubung masalah permohonan pertukaran isterinya. Pengadu perlu faham, sebagai pegawai awam dia boleh diarahkan bertugas di mana saja oleh ketua jabatan. Pertukaran bukan hak mutlak seorang pegawai awam. Mereka harus sedar ketua jabatan lebih mengetahui keperluan anggota di sesuatu tempat.

Pengadu boleh memohon tetapi bukan memaksa pihak atasan mengikut kehendaknya. Jika ramai pertukaran pegawai awam dilayani, nescaya rakyat tidak mendapat perkhidmatan bermutu.

Nescaya banyak sekolah akan kekurangan guru dan hospital kekurangan jururawat kerana semua mahu bertukar ke tempat diingini. Pengadu harus bersabar kerana pertukaran bukan dengan sekelip mata. Dia harus fikirkan kepentingan masyarakat lebih daripada segalanya. Dia dan isteri ketika mohon guru dulu berjanji akan bertugas di mana saja diarahkan. 'Pegawai Sedih' harus syukur kerana guru mudah bertukar kerana banyak sekolah cuma mengambil sedikit masa dan kesabaran.

Malah, lebih penting dia dan isteri bekerja tetap dan terjamin. Renungkanlah bagaimana ada pasangan yang saya ketahui bekerja di sektor swasta terpaksa berjauhan kerana syarikat suami hanya ada di Pulau Pinang dan isteri di Ipoh dan syarikat itu tiada cawangan lain dan sudah tentu tidak boleh mohon pertukaran.

Ada juga syarikat yang mempunyai banyak cawangan tetapi tiada kemudahan untuk bertukar.

Saya khuatir kualiti perkhidmatan guru di sekolah atau perkhidmatan lain akan terjejas jika ramai asyik memikir hendak tukar dan kurang komitmen bertugas.

PEGAWAI MENURUT PERINTAH,
Shah Alam, Selangor.

Berita Harian Online: 20 Januari 2009

2 ulasan:

Awanama berkata...

Saya faham dengan pertukaran bukan hak kakitangan awam...tapi tak faham kenapa dalam syarat keutamaan untuk ikut pasangan,ancaman keselamatan dan penyakit kritikal..tapi yang dapat pindah kakitangan yang sihat dan bujang..baru setahun dua berkhidmat. kami yang berbelasan tahun belum lagi dapat. negeri memohon sama ke perak.itu yang kami terkilan.apa perlu kami buat.

Awanama berkata...

harus diingat yang bujang juga manusia dan juga ada tanggungjawab.. tak semestinya yang berkahwin ada tanggungjawab. yang bujang bukan sebab tak berkahwin tapi dah takdir tuhan mereka tiada jodoh dan yang memohon pun kena ada kesedaran sivik dan bukan atas kepentingan diri sendiri. PERKHIDMATAN AWAM ADALAH BERKHIDMAT PADA NEGARA DAN RAKYAT BUKAN PADA KELUARGA.