Khamis, 8 Januari 2009

Ustazah, pensyarah bebas tuduhan khalwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, membebaskan seorang ustazah dan pasangannya, pensyarah sebuah institusi latihan pendidikan terkenal, daripada tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di Cheras di sini, Julai lalu.

Hakim Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas Pegawai Pendakwa Syarie Che Saupi Che Husin memohon supaya tuduhan ke atas Jamilah Ab Aziz, 40 dan Mohd Dawi Ithnin, 52, ditarik balik.

Che Saupi memberitahu mahkamah Ketua Pendakwa Syarie memutuskan untuk menarik balik tuduhan itu selepas menerima representasi daripada peguam syarie Mohd Noor Bahari, yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Katanya, pihak pendakwa mendapati perbuatan mereka berada di kondominium itu tidak menimbulkan syak.

“Kami berpuas hati representasi itu menyatakan alasan munasabah mereka berada di tempat kejadian bukannya melakukan perbuatan tidak bermoral, jadi pendakwaan bersetuju untuk menarik balik tuduhan berkenaan.

“Bagaimanapun, kami memberi amaran kepada Jamilah dan Mohd Dawi supaya tidak mengulangi perbuatan sama,” katanya.

Jamilah, ibu tunggal dua anak dan bakal dilantik sebagai pengetua sekolah, manakala Mohd Dawi sudah berumah tangga ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas mendapat maklumat awam.

Pasangan itu ditahan di Kondominium Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, jam 3 pagi, 5 Julai tahun lalu.

Malah, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mengesahkan hubungan suami isteri atau pasangan mahram ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Mohd Noor berkata, pihaknya menghantar representasi setebal lebih 4,000 muka surat kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk menjelaskan mengapa tuduhan terhadap anak guamnya perlu digugurkan.

Katanya, representasi itu mengemukakan alasan munasabah dan menyatakan kerja serta tugasan pejabat yang sedang mereka lakukan bagi membuktikan tuduhan berkhalwat itu sebenarnya tidak pernah berlaku.

Berita Harian Online: 7 Januari 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenape spesis kanggaroo ni ada di mana-mana. Hanya kerna dua orang OKT pegawai pendidikan, dan kebijaksanaan peguam syarie menulis karangan palsu 4000 muka, maka tiada kes ke atas 2 orang OKT tsb. Kalau artis yg ditangkap, tak de maap, memang sah mereka ni berakhlak buruk. Tapi ustazah dengan pensyarah, kalau berdua-dua an, kena ada niat la pulak. Apa yang berlaku sebenarnya .. hanya Ustazah dan Mat Dawi saja yang tahu. Buktinya ... Mat Dawi memang dah lama meniduri Ustazah ni.... sekarang dah jadi bini nombor tiga dia dah pun. Ini membuktikan MO dan motif sebenar kedua-dua orang OKT. Lain kali ... pihak pendakwa jangan mudah tertipu dengan ayat-ayat power peguam bela. .... kau orang tanggung la sendiri dosa syubhah .... memang betol... skrang ni mereka dah kawin .. tapi hakikatnya memang mereka berkhalwat pada malam tu. Kita tak kata mereka berzina.... Paham betol-betul...