Rabu, 16 Disember 2009

Nasib guru pasca siswazah di sekolah rendah

SAYA mewakili guru sekolah rendah yang telah melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat 'Sarjana' (Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan) dan ada juga antara kami yang telah menamatkan PhD mereka.

Di sini, saya ingin menyatakan bahawa 'kami' adalah antara guru yang sanggup menyahut seruan kerajaan iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Shukor Abdullah dan Menteri Pendidikan, Datuk Najib Tun Razak ketika mereka menjawat jawatan tersebut pada Mei 1998.

Masalahnya di sini ialah, adakah kementerian sedar bahawa sudah ramai guru siswazah di sekolah rendah? Di manakah gagasan kementerian yang ingin mewujudkan 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah dipantau oleh pihak kementerian?

Saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada Rabu 9 Disember 2009 yang menyatakan bahawa kementerian ingin mewujudkan jawatan baru.

Dalam artikel itu juga disebut kementerian bercadang untuk melantik guru kanan disiplin gred DG44 di sekolah menengah dan DGA32 di sekolah rendah.

Saya merasakan kementerian masih 'tidur' dan tidak sedar bahawa kini sudah ramai guru DG41 di sekolah rendah dan begitu juga guru yang memiliki ijazah Sarjana (Master) di sekolah rendah.

Mengapa jawatan seperti ini tidak diberikan kepada DG41 di sekolah rendah?

Mengapa masih diagung-agungkan lagi guru DGA32 di sekolah rendah? Jika begitulah sikap kementerian kita, maka sia-sia sahajalah pengorbanan guru sekolah rendah yang sanggup bertungkus-lumus belajar dengan separuh gaji, meninggalkan keluarga yang disayangi, terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Malahan ada antara kami yang sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk membayar wang pengajian di UPSI.

Ada juga yang terpaksa meminjam wang daripada Bank Rakyat untuk kegunaan pengajian seperti mengisi minyak kereta berulang-alik dari rumah ke UPSI, menyiapkan tesis dan segala keperluan yang dikehendaki oleh UPSI.

Bayangkanlah, dengan gaji yang separuh, ditolak pula potongan pinjaman perumahan kerajaan dan sebagainya, ada antara kami, yang gaji bersih RM100 sebulan, ada RM50 sebulan malahan ada juga yang hanya tinggal RM20 sahaja sebulan.

Bayangkanlah bagaimana dengan wang yang sebanyak itu boleh menampung pembiayaan pengajian kami di UPSI? Namun, oleh kerana kami mempunyai kecekalan hati yang tinggi, akhirnya kami berjaya juga menamatkan pengajian kami di UPSI. Kami tidak faham dan adakah pihak kementerian 'buta' tidak melihat nasib guru DG41 yang dibiarkan tanpa diberikan sebarang imbuhan di atas kerajinan mereka menyambung pelajaran?

Mereka yang memiliki ijazah ini lebih sesuai untuk menjawat sebarang jawatan kerana mereka telah belajar 'pengurusan' sewaktu di Institut Aminuddin Baki dan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mereka seperti inilah lebih faham tentang pengurusan berbanding guru DGA32 yang hanya 'duduk diam' seperti menunggu buah jatuh dari langit lebih bernasib baik daripada kami yang memiliki segulung ijazah, ijazah Sarjana malahan ada yang sudah tamat PhD tiada apa yang kami peroleh?

Adilkah? Adilkah? Adilkah? Golongan DGA29 dan DGA32 lebih bernasib baik di sekolah rendah! Bukan setakat itu sahaja. Kebanyakan mereka ini 'malas' menyambung pengajian kerana menurut pendapat mereka segulung ijazah itu tidak akan memberi sebarang makna kepada guru di sekolah rendah selagi dasar pelantikan jawatan Guru Besar tidak berubah.

Kebanyakan mereka lebih 'rajin' menjalankan perniagaan direct selling atau menjalankan perniagaan MLM. Mereka mempunyai banyak masa kerana tidak perlu menyiapkan tesis yang memakan masa bertahun-tahun.

Jika benar negara kita hendak memartabatkan profesion perguruan, bukan dengan cara menaikkan tingkat guru tak berijazah dari DGA29 kepada DGA32 dan entah apa-apa lagi. Ia tetap guru tak ada ijazah! Pemikiran mereka tetap sama! Sudah tiba masanya negara memartabatkan profesion perguruan dengan mengambil guru berijazah untuk menjawat jawatan guru kanan disiplin, warden asrama, guru penolong kanan dan guru besar di sekolah rendah.

Kami di sini merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sekarang dan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencetuskan idea sehingga wujudnya Kursus Kepengetuaan (NPQH) supaya dapat 'membela' nasib kami kerana kami mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu menghadapi cabaran sebagai seorang guru besar kerana pendidikan bercorak keilmuan yang luas dan kompleks memerlukan kekuatan serta kesanggupan minda untuk membawa perubahan!

Saya merayu tolonglah kami. Kami sudah tidak tahu hendak buat apa lagi dan kami telah menunggu begitu lama.

CIKGU JU

Rawang, Selangor

Utusan Malaysia Online: 16 Disember 2009

9 ulasan:

cikgu berkata...

saya setuju dengan pendapat cikgu Ju.saya salah seorang guru yg digelar dg2941 memang sedih dan hampa kerana bagi saya segulung ijazah tidak membawa sebarang makna, gaji guru siswazah lebih rendah dpd guru bukan siswazah walaupun kedua-dua guru tersebut mempunyai pengalaman bekerja yg sama malah kurang dpd guru siswazah.
pihak nutp selalu cuba untuk membela nasib kita, tapi akhirnya cadangan dan pendapat selalu ditolak oleh pihak jpa.

Awanama berkata...

cikgu bts

Saya juga guru dg2941, tujuan saya sambung belajar adalah untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam pendidikan disamping untuk menikmati imbuhan gaji. Jangan pula setelah tamat belajar kita bertelagah untuk mengejar pangkat, matlamat kita ada terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kita patut bertelagah macam mana untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan disiplin anak-anak didik kita. Bagi saya tindakan Kementerian adalah untuk keadilan semua guru dan bukan sahaja diberi keutamaan kepada guru berijazah. Setelah 100% guru sekolah rendah berijazah memang patut lah diberi pangkat kepada guru dg41 di sekolah rendah.

Awanama berkata...

sangat setuju.saya ada masalah dengan bidang tugas guru pendidikan sekolah rendah yang semakin bertambah sejak program jqaf diperkenal.di samping mengajar seperti biasa 29-30 waktu seminggu termasuk subjek lain mereka juga perlu membantu guru jQaf mengendali Kem Bestari Solat 24 kali setahun pada hari sabtu dari jam 8pg - 2ptg.apa peranan jqaf sebenarnya?Guru PAi juga mengendali gerko dan memegang jawatan penting di sekolah seperti guru perpustakaan.Sedangkan guru jqaf tidak dibenarkan memegang apa2 jawatan tinggi di sekolah.kajilah masalah ini.tq

Awanama berkata...

Fikirkan matlamat kita yang sebenarnya bila menceburkan diri dalan bidang pendidikan.Adakah kita ikhlas, puashati dengan apa yang kita lakukan pada anak didik kita? Mengapa kita memikirkan ingin jawatan dan kenaikan gaji kalau kita hanya tau berkata-kata saja. Sudahkah kita menyambut cabaran yang ada dalam pendidikan. Perkara ini bukan berkaitan setuju atau tidak setuju. Tugas di sekolah tetap sama. Terbeban atau dibeban terletak kepada tafsiran setiap individu. Kalau baru setahun dua memegang DG41 selepas 15 mengajar dgn DG6/29/32 janganlah terlalu mengharap dengan kenaikan pangkat dan gaji. MALU KITA DALAM PROFESION PERGURUAN INI BILA ORANG LUAR TAHU. Nanti dikata orang kita GILA KUASA. BERSABARLAH

Awanama berkata...

Sgt setuju,saya juga menyambung pelajaran kerana nak tmbh ilmu sebagai jurulatih utama,segala jawatn penting disekolah dipegang walau sibuk belajar,tak pernah ambil cuti.bila dpt ijazah keluar peraturan baru,guru DG41 tidak boleh jadi pentadbir disekolah rendah.pengalaman memikul tugas2 penting disekolah hilang begitu saja.kini hanya layak jadi su dan dan diarah buat kerja2 oleh org yg tidak mahu belajar dan pikul tugas selama ini.Kebanyakan guru yg sambung belajar dulu adalah yg punyai komitmen tinggi terhadap tugas. untungnya guru2 yg tidak belajar dulu,tidak mahu memegang jwtn penting kini menjadi pentadbir.Malahan kita diketawa kerana sibuk belajar akhirnya jadi guru lapuk dan melaksana tugas org lain.Rupnya ada ijazah adalh hukuman rupanya.Jabatan lain ketawa dan pelik melihat kelainan KPM.Kalau jabatan lain makin tinggi kelulusan makin tinggi pangkat,tapi KPM ,makin tinggi kelulusan makin rendah pangkat.kalau boleh ingin saja pulangkan ijazah dan tunggu je semua dtg bergolek.Kalau tidak kasihkan murid rasanya dah lama letak jawatan.

Awanama berkata...

Kerajaan harus memandang serius isu guru sekolah rendah yang penat menyambung belajar hingga ke peringkat sarjana dan phd.Apakah yang dimaksudkan dengan memartabatkan profesion perguruan?Apakah motifnya guru digalakkan sambung belajar hingga sarjana dan phd dengan bantuan kewangan jika tidak dijanjikan sebarang ganjaran?Guru yg memiliki ijazah mempunyai pemikiran yg berbeza dgn yg takde ijazah.Apatah lg jika mereka mempunyai sarjana atau phd.Pada pendapat saya gaji guru haruslah berdasarkan kelulusan dan bukannya timebased (dg29-dg32-dg34-dg38,dg41-48-52)kerana ianya hanya akan memanjakan guru supaya tidak memajukan diri,pemikiran lemah.Bagi saya pengalaman terbahagi kpd 2 iaitu pengalaman berkualiti dan pengalaman tidak berkualiti.pengalaman berkualiti terhasil apabila guru sentiasa memajukan diri dgn menyambung belajar dan mempraktikkan di sekolah(pemikiran sentiasa up-to-date).Pengalamn tidak berkualiti terhasil kerana asyik menunggu durian runtuh (time based dg29-32-34-38).3 tahun kita belajar di universiti adalah seperti menimba pengalaman 30 tahun apabila dicampur dgn pengalaman yg sedia ada.Golongan-golongan yang hanya menunggu durian runtuh hanya akan menyusahkan kerajaan,malas memajukan diri,pemikiran masih di takuk lama(tak byk berubah).

Awanama berkata...

Tidak wajar mengatakan guru gred dg32 seperti menunggu durian runtuh. Saya tidak mahu sambung belajar kerana mempunyai banyak komitmen di sekolah (apatah lagi dengan sistem KSSR sekarang) mahupun di rumah. Disamping itu saya tidak mahu sambung belajar hanya kerana hendak naik gred dan naik gaji. Juga tidak mahu belajar lagi jika hanya sekadar terikut-ikutkan kawan-kawan yang sambung belajar lagi. Maknanya disini, jika seseorang guru itu boleh belajar lagi, silakan. Tetapi bagi yang tak mampu, teruskan berusaha mengajar dengan lebih baik. Jangan dipanggil kami pemalas. Lihat-lihatlah kawan-kawan anda di sekeliling. Sikap malas ini terdapat pada sesetengah guru yang terdpat dalam pelbagai gred. Adakah guru yang dg32 yang tidak mahu sambung belajar tapi sanggup membawa balik berpuluh-puluh buah buku latihan anak-anak murid unutuk ditanda dan disemak dirumah dikira pemalas? Manakala guru dg41 yang balik berlenggang dan ada yang tidak membuat ringkasan mengajar(sebab anak emas GB)dikira rajin? Saya juga tidak terlintas langsung hendak menjadi Guru Besar. Saya lebih suka berdamping dengan anak murid sehingga pencen. Tujuan saya memohon masuk ke maktab perguruan berbelas tahun dulu adalah untuk mengajar anak bangsa dan bukannya untuk belajar lagi. Adakah dengan belajar lagi, cara pengajaran didalam kelas pasti akan lebih bermutu? Buka mata dan buka fikiran. Tidak ada ijazah tidak bermakna tidak boleh mengajar dengan baik. Dan akhir sekali, seorang pensyarah saya di maktab perguruan dulu pernah berkata semasa sesi suaikenal, jika kamu menjadikan bidang perguruan ini sebagai tempat untuk mencari duit, sila berhenti sekarang juga. Kerana ini bukan tempatnya. Kepada kawan-kawan yang belajar lagi denagn penuh ikhlas, tahnuah. Tetapi jika belajar lagi hanya kerana hendakkan pangkat dan gaji yang banyak, fikir-fikirlah sendiri.

Awanama berkata...

dasar pendidikan sering diubah dan mengubah.Namun dalam beberapa aspek masih dikekelkan walaupun sudah lapuk dan tidak lagi rasional.Pelantikan ke jawatan pentakbir di sekolah rendah umpamanya masih lagi memberi keutamaan kepada dg32 dan dg 34.Sedar atau tidak, kini di sekolah rendah terdapat guru-guru yang telah memiliki ijazah tinggi(sarjana dan PhD dan dg44 malah ada yang dg48.kenapa tidak diberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjadi pentakbir sekolah seterusnya mencemerlangkan sekolah.Apa sudah jadi.Tengok Jepun,USA,kementerian kena fikirkan sesuatu kerana mereka ini adalah eset pendidikan yang sangat berharga demi kecemerlangan sistem pendidikan negara agar bertaraf dunia.

Awanama berkata...

Saya sangat setuju mengenai 'nasib guru pasca siswazah di sekolah rendah'.saya salah seorang guru yang memiliki ijazah tinggi(sarjana),dg44,memiliki sijil NPQEH Institut Aminuddin baki,berkhidmat lebih 22 tahun dan usia melebihi 50 tahun tetapi masih setia dan mengajar tanpa jemu demi anak bangsa malah dengan tekun masih lagi menimba ilmu dengan menyertai kursus-kursus anjuran kementerian pendidikan mahupun jabatan dan PPD daerah demi memartabatkan sistem pendidikan.Namun untuk pengisian jawatan di sekolah rendah masih lagi memberi keutamaan kepada dg32,dg34.Ubahlah dasar yang lapuk itu. sudah tidak releven.renungkanlah!