Sabtu, 28 Ogos 2010

KPM boleh kaji beri elaun pindah

2010/08/28

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Mua’lim, Daro, Sarawak, di ruangan ini 23 Ogos 2010 lalu.

Elaun tuntutan perpindahan adalah satu kemudahan yang diberikan kepada pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan aduan ini didapati bahawa pengadu mencadangkan untuk memohon pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung.

Justeru, perlu merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri dan surat KPM yang bertarikh 5 Januari 2001 iaitu “pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun pada tarikh permohonan di stesen terakhir sebelum bertukar atau sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak adalah layak untuk menuntut bayaran perpindahan”.

Walau bagaimanapun, perpindahan atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbangkan oleh Bahagian untuk dibuat bayaran elaun perpindahan selaras dengan para 2.2.1 (e) di dalam surat JPA bertarikh 23 Ogos 1994.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Berita Harian Online: 28 Ogos 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau elaun pindah guru boleh dikaji tiada sebab Kementerian Pelajaran tidak boleh menyimak tangga gaji guru ExPPPLD/DG41 yang amat ketinggalan semasa semakan gaji pada 01.07.2007.

Bukan satu,bukan dua tetapi beribu guru yang terlibat. Golongan kami amat dipuji dan dipandang tinggi oleh rakan-rakan guru yang tidak menyambung pelajaran mereka sekitar tahun 1992 hingga 2001kerana dapat masuk ke institusi-institiusi pengajian tinggi awam(IPTA)peringkat sarjana muda pendidikan. Tetapi dalam tempoh tersebut golongan guru yang sedang belajar terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat dari DGA29 ke DGA32. Apabila selesai pengajian kami dilantik ke DG41. Tanggagaji kami pada masa itu lebih tinggi daripada mereka yang telah dilantik ke DGA32. Tetapi, akibat daripada semakan gaji tersebut tanggagaji kumpulan kami telah dilangkau oleh guru-guru DG32 dan DG34 antara RM200 hingga RM500.00. Ini berlaku kerana tindakan kerajaan memberikan kenaikan sebanyak 15% bagi PPPS dan 25% bagi PPPLD. Walau pun pelbagai tawaran diberikan kepada golongan kami tetapi itu sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah kami.