Jumaat, 20 Ogos 2010

Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman

Muhamad Abdul Qayyum
Ogos 20, 10
6:15pm

Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Ahad lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Menurut sumber, pengetua yang berasal dari negeri Johor itu dikatakan telah mengingatkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan yang mempunyai tiga kaum minoriti iaitu Cina, India dan Siam supaya menghormati rakan-rakan beragama Islam yang sedang berpuasa agar tidak makan di depan mereka.

Sumber itu berkata, pengetua berusia awal 50-an itu menegur perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh pelajar bukan Islam iaitu makan di depan pelajar Islam dan jika mereka tidak mahu menghormatinya, mereka boleh "pindah ke negeri lain" atau "balik ke China."

"Para pelajar dan guru yang berada di dewan terbuka sekolah itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata berbaur rasis itu.

"Selaku pentadbir organisasi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan hubungan etnik sekolah itu yang agak unik," kata sumber itu.

Menurutnya, komposisi kaum di sekolah itu yang rata-rata dari kalangan pelajar berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah agak menarik kerana memiliki empat kaum iaitu Melayu/Islam, Cina/Buddha, India/Hindu dan Siam/Buddha.

"Sejak sekolah itu wujud di kawasan yang di kelilingi estet getah, kelapa sawit, kebun sayur dan kampung pada 1980-an, belum ada peristiwa buruk melibatkan etnik terbabit berlaku di situ," katanya sambil menambah pelajar di situ amat akrab antara satu kaum dengan yang lain.

Malahan. beberapa pengetua yang bersilih ganti di situ juga tidak pernah menimbulkan kontroversi.

"Hubungan murid, ibu bapa dan guru amat baik. Malah, beberapa siri pertemuan bersama,waris seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta hari Konferensi Waris mendapat respon yang baik daripada ibu bapa dan waris," katanya.

Pengetua lelaki itu dikatakan pernah berkhidmat di daerah pendidikan Kulim/Bandar Bharu sebelum memulakan perkhidmatan di sekolah luar bandar yang terletak di pekan kecil Bukit Selambau, kira-kira 26 km dari Sungai Petani itu mulai awal 2009.

http://www.malaysiakini.com/news/140703

malaysiakini: 20 Ogos 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai...nampaknya masalah Ketua Pentadbir sekolah semakin bertambah-tambah.Ini mungkin disebabkan mereka tidak menyediakan teks ucapan setiap kali membuat UCAPTAMA dalam perhimpunan.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada seorang Pengetua Perempuan di Sabah pada tahun 2007 semasa membuat ucaptama dalam perhimpunan dimana pengetua ini menyebut keburukan segelintir kaum tersebut. Keadaan ini hampir-hampir mencetuskan masalah yang lebih besar tetapi nasib baik ada campur tangan dari pihak yang berkuasa akhirnya keadaan menjadi redah.

Mengingat kembali perkataan pengetua tersebut sebenarnya niatnya baik iaitu mahu menyedarkan pelajar tetapi oleh kerana tidak ada teks ucapan maka terkeluarlah ayat-ayat yang sumbang yang sepatutnya sama sekali tidak boleh diucapkan.Walau pun penafian dibuat oleh pengetua berkenaan dan penafian itu pula diterima oleh pihak-pihak tertentu tetapi kesannya amat dalam kepada guru-guru dan pelajar yang mendengarnya kerana sehingga ke hari ini pun bila ditanya beberapa guru yang masih berada di sekolah tersebut rata-rata mereka masih marah. Nasiblah pengetua tersebut sudah pindah ke tempat lain.

Jadi saya mencadangkan kepada semua pengetua, kalau pun petah berucap tu buatlah nota-nota kecil untuk disampaikan agar objektif ucaptama tidak terkeluar dari tujuan asal.ini juga mempastikan tiada unsur-unsur negatif yang akan timbul dimasa akan datang.

Janganlah terlalu megah,taksub,fanatik,sombong,berkuasa dan berani terlampau sehingga tanggungjawab kepada semua warga sekolah terabai. Kita ni hanya berkuasa dalam tempoh umur sehingga 58 tahun sahaja dan selepas itu kita menjadi orang kampung atau menjadi orang biasa. Kalau kita keterlaluan bertindak sama ada kepada pelajar atau kepada guru nanti selepas pencen saya bimbang seorang pun tidak akan menegur kita apa lagi nak mengucapkan selamat pagi cikgu. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bertanggungjawab kepada semua kaum yang berada di bawah pentadbiran kita...HIDUP 1 MALAYSIA

KHBH berkata...

The best way, jangan cakap yg bukan bukan.Just straight to the point-Jangan makan depan orang Islam sb perlu menghormati mereka yg sedang berpuasa.

Sb sometimes,apa yg kita cakap niatnya baik tp persepsi org lain berbeza-beza.

PA sememangnya amat bahaya jika tersilap cakap. Kita bukan ahli politik...

Kesian pada pengetua in walaupun saya tau, niat beliau bukanlah untuk mewujudkan sentimen perkauman

Tanpa Nama berkata...

Yes,.. hormat menghormati antara kaum dan antara agama memang penting dan patut diutamakan..

Apa orang tak mahu kita buat depan diaorang janganlah buat.

Itu sebab saya katakan buat nota kecil bila bercakap, agar cakap tu tidak melarut-larut

walau bagaiman pun kalau nak marah janganlah sampai terkeluar benda-benda yang tidak patut.Soal k makan depan orang lain tu tidak melibatkan kaum dan agama itu sikap seseorang

Jadi yang patut dikeluarkan ialah menegur sikap seseorang itu secara individu jangan kaitkan kaum kerana bukan semua orang buat benda tu...

Tanpa Nama berkata...

bukan ucapan racis..tetapi luahan rasa kecewa terhadap kepimpinan politik sekarang dan keresahan terhadap moral dan disipln remaja kini...hakikatnya 80% nonbumi punya...30% dan hak pribumi dpertikai...yang racis hanya melayu?????

Tanpa Nama berkata...

Ni, murd tahun brapa ni? 80% non bumi.. bumi 30%.. sama dengan 110%? ni lah kaki pengutuk.skolah tak hbs, nak slhkan orang yg lbh. kecik2 xnak mampus