Rabu, 11 Ogos 2010

Percepat pengeluaran garis panduan peraturan sekolah

11/08/2010 6:12pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) hari ini menggesa Kementerian Pelajaran mempercepatkan pengeluaran Garis Panduan Peraturan Sekolah yang baru bagi melindungi guru berikutan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing.

Setiausaha Agongnya, Lok Yim Pheng berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, kesatuan guru, para akademik dan ibubapa pada 2007, namun, masih belum menerima maklum balas mengenainya.

"Garis Panduan Peraturan Sekolah telah dibincangkan lama dulu, tetapi sehingga kini, masih belum siap dan kami masih lagi menunggu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi menangani masalah disiplin pelajar yang kian meruncing, Lok berkata pihaknya berpendapat lebih ramai guru lelaki diperlukan dan jawatan Ketua Guru Disiplin di setiap sekolah, dijadikan sebagai jawatan baru untuk kenaikan pangkat.

"Bagi melayakkan diri, setiap guru dengan kelayakan DG44 boleh dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut bagi sekolah menengah dan DG32 bagi sekolah rendah,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai persediaan, beliau berkata mereka yang ditawarkan ke jawatan itu perlu menghadiri latihan intensif dalam aspek undang-undang dan cara menangani masalah disiplin sebelum mula bertugas.

Lok juga berkata pihaknya mencadangkan agar kuasa merotan pelajar diberikan semula kepada guru bagi mengawal pelajar yang mempunyai masalah disiplin kronik.

"Syarat boleh diletakkan, tetapi kuasa merotan perlu dipulangkan semula bagi memudahkan kawalan terhadap segelintir pelajar “tegar” yang kerap menimbulkan masalah di sekolah,” katanya.

Beliau berkata perkara itu penting diberikan perhatian untuk melindungi golongan pendidik berdasarkan tindakan “berani” segelintir pelajar pada mutakhir ini yang mencetuskan kebimbangan.

"Sebilangan pelajar kadangkala bertindak terlalu agresif sehingga mencederakan guru, khasnya guru wanita.

"Minggu lepas, seorang guru diserang oleh seorang pelajar yang bertindak agresif di Sarawak,” katanya. — Bernama

Utusan Malaysia Online: 11 Ogos 2010

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong gesaan NUTP tu. Jangan sampai ada guru yang mati dipukul pelajar biadap baru nak ambil tindakan drastik.
Sekarang ni bukan sahaja pelajar yang menumbuk guru, ibubapa pelajar pun berani masuk ke bilik guru dan menumbuk guru tanpa usul periksa.....

Tanpa Nama berkata...

Saya juga setuju. Gubal satu undang-undang yg melindungi semua guru drp tindakan undang-undang sekiranya mereka merotan, menghukum, melempang murid dgn SYARAT murid memang betul-betul melakukan kesalahan.
Beri kuasa kepada semua guru.

Satu lagi, buang terus murid yg terlibat dlm kesalahan serius. Di luar, biar mereka diuruskan oleh polis kalau nak buat samseng.

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan..kes pukul guru..

seingat aku la..kes tu tahun lepas..berlaku di Kapit, Sarawak...

guru lelaki tu asal Semenanjung..guru perempuan yang duduk sahaja tu orang Sarawak..

sebab tu guru perempuan tu biar sahaja sebab orang Sarawak kan anti orang Semenanjung...

tak sedar diri punya orang Sarawak..kalau tak Sarawak masuk Malaysia..dah lama Sarawak jadi jajahan Indonesia dan jadi papa kedana macam wilayah Indonesia lain...

Tanpa Nama berkata...

Tuan,puan...kita bercakap bukan berdasarkan wilayah engkau Sarawak, engkau Sabah dan engkau Semenanjung. Kita ni dalam Malaysia. Jangan lagi ditimbulkan soal-soal anti sana anti sini. Cakap macam tu nampak sangat kebudak-budakan dan tidak menampakkan sikap seorang guru profesional.

Kita bincang tentang bagaimana sekolah diperkasakan dan bagaimana guru boleh dilindungi apabila mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar bermasalah.

Berilah idea bagaimana sekolah boleh dilindungi daripada ancaman dalam dan luar.

bagi saya guru harus diberikan autoriti menangani masalah disiplin yang kian meruncing dimana ramai pelajar sudah mulai berani bergaduh,melawan guru, melakukan perbuatan terkutuk dan macam-macam lagi. JAWAPAN YANG PALING TEPAT IALAH MENGEMBALIKAN KUASA MEROTAN KEPADA GURU.

Tanpa Nama berkata...

Hi..kawan kita yang seorang ni..macam tidak faham tajuk perbincangan..kita cerita pasal kuasa merotan kepada guru ..tau-tau ..dia cerita pula pasal orang sarawak anti orang semenanjung.

Ceh ...buang masa je..patutlah murid yang diajar biul-biul..kita bercakap pasal disiplin..dia pula cakap pasal anti...ceh..pigilaaaaah...guru macam ni

Tanpa Nama berkata...

Kita 1Malaysia OK.

Hifhzil berkata...

Nice posting...menarik sekali

Oh..ya klo bs saya berminat dengan info beasiswa dan referensi pendidikan lainnya.

Mampir juga ke blog saya www.jurnal-hidup.co.cc

Ditunggu kunjungan balasannya.

Salam Persahabatan

Tanpa Nama berkata...

YES ..KITA 1MALAYSIA...jadi kita bercakap tentang Gagasan 1Malaysia..