Khamis, 5 Ogos 2010

Video pelajar di Sarawak tumbuk guru tersebar luas

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my
2010/08/04

RAKAMAN pelajar berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di Sarawak menerkam dan menyerang guru.
RAKAMAN pelajar berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di Sarawak menerkam dan menyerang guru.
Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin

KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.

Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.

Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.

“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.

“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,” katanya.



Rakaman video dari laman Youtube:




Berita Harian Online: 5 Ogos 2010

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah pelajar yang saya anggap sangat biadap. Dia tak layak sekolah di sekolah harian lebih baik hantar di sekolah integriti. Guru adalah seperti ibubapa pelajar yang yang ditegur oleh guru ada sebabnya. Sebagai seorang pelajar sepatutnya pelajar ini mendengar nasihat guru tersebut apa lagi yang bercakap ialah seorang ustaz. Saya bersimpati dengan ustaz tersebut. Dia sebenarnya sudah bersabar 100 % dengan karenah pelajar tersebut tetapi maki hamun yang diberikan oleh pelajar ini sangat tidak masuk akal.
Cuma kelemahan di sini ialah dalam ramai-ramai guru di staf hanya seorang sahaja guru yang masuk campur untuk menghalang pelajar yang biadap tersebut terus kurang ajar. Saya amat hairan juga kenapa seorang guru wanita yang duduk di sofa seperti hanya menyaksikan gelagat pelajar memprovokasi ustaz tersebut dan tidak berusaha membantu ustaz atau pelajar tersebut. Mana guru-guru yang lain??????Mana guru-guru disiplin yang lain ???????? Mana PK Hem dan mana Pengetua sekolah tersebut??Saya anggap pentadbiran sekolah tersebut sangat lemah kerana tidak bertindak cepat. Daripada cara murid tersebut bercakap saya rasa sudah lama ada masalah..Jadi apa mau buat..BUANG GANTUNG SAHAJALAH PELAJAR TERSEBUT KERANA SANGAT KETARA BIADAP TERHADAP USTAZ TERSEBUT.

Tanpa Nama berkata...

Saya tergamam dan terkejut melihat gelagat pelajar sebiadap begini. Tidak pernah saya menyaksikan pelajar bersikap begini selama 23 tahun perkhidmatan saya sebagai guru di sekolah.Saya sedih kerana tidak ada bantuan perlindungan terhadap guru berkenaan daripada rakan-rakan guru yang lain. Saya melihat seorang guru wanita ( kalau gurulah) hanya duduk-duduk sahaja dan tidak berbuat apa-apa bagi membantu guru yang diserang pelajar.
Pergi mana guru-guru yang lain????? Bayangkanlah kalau guru tersebut dipukul dengan benda tajam oleh murid berkenaan apa akan terjadi....????????

Mau buat apa dengan pelajar sebiadap ini???? SAYA CADANGKAN PELAJAR INI DIPINDAHKAN KE SEKOLAH LAIN ATAU GANTUNG TANPA TARIKH ATAU BUANG TERUSSSSSSSSS......? Sebabnya pelajar ini baru tingkatan 3 tapi sudah berani melakukan tindakan seperti ini. Bayangkan kalau pelajar ini sudah berada ditingkatan 5. Pengalaman saya di sekolah menengah yang dah berbalas tahun ini, kalau pelajar sudah berani menumbuk guru, keadaan sama akan berlaku nanti malah lebih teruk lagi pelajar akan membawa geng luar atau melakukan perkara sama yang lebih teruk lagi. Oleh itu demi keselamatan seluruh warga sekolah lebih baik tindakan drastik dilakukan iaitu membuang seorang pelajar tersebut daripada membiarkan pelajar ini terus berada di sekolah. Pelajar seorang ini seperti parasit akan berkembang dari masa ke masa..dan akhirnya membentuk satu kumpulan gangster di sekolah mengancam pelajar lain dan guru sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Mak bapak kena check balik... mungkin sumber rezeki dari punca tak halal menyebabkan lahirnya darah daging yang biadap dan kurang ajar.

sama-samalah kita muhasabah diri.... takut terjadi kpd anak-anak kita pulak.

Tanpa Nama berkata...

ya kadang-kadang tu keturunan juga.Kalau ibubapa selalu bergaduh depan anak atau selalu tengking anak dengan perkataan kasar akan menurun kepada anak pula ....ya ampun mudah-mudahan anakku tidaklah seperti ini..

Tanpa Nama berkata...

patutlah belajar tak pandai-pandai(bodoh la -senang cakap), dengan cikgu pun tak hormat. Mana nak berkat menuntut ilmu.
Elok mampus je budak camni. Percayalah...kalau hidup pun akan men jadi masalah kpd masyarakt dan negara.

AKU tetap hormat pada cikgu walaupun kena marah dan didenda. Akhirnya aku jadi org dan bukannya setan.

Tanpa Nama berkata...

betullah k cakap tu.Murid kalau tak hormat cikgu pandang guru sama dengannya atau pandang guru lebih rendah dari dia kerana mungkin keluarganya berkemampuan atau ibubapanya berjawatan tinggi memang tak berkat kehidupannya sepanjang persekolahan melainkan meminta ampun daripada guru-guru berkenaan. Saya sudah pengalaman mengajar lebih 20 tahun dan jelas sekali mana-mana murid yang tak hormat guru memang dapat keputusan teruk. Kalau ada satu dua terselit ke tingkatan enam tetapi selepas itu tak pergi mana-mana kerana keputusan t6 pun teruk. Jadi kepada semua pelajar belajarlah menghormati guru kerana mulut guru itu masin dan cakap guru itu bisa. Saya pernah dirotan oleh guru, berdiri diatas meja, buat sit up dan macam-macam lagi dendaan diterima kerana tidak buat kerja sekolah atau lewat hantar kerja sekolah. Tetapi saya tidak pernah marah kepada guru tersebut kerana saya tahu saya salah dan kerana dendaan itulah saya menjadi manusia yang baik. Sehingga hari ini pun bila saya jumpa guru tersebut saya tersenyum kerana dialah saya menjadi warga Malaysia yang berguna.Ini kena tegur guru pun marah sehingga menumbuk guru. Apa punya budak macam tu...cakap banyak pun tara guna punya...pigilah murid macam ni memalukan ibubapa saje..

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila kuasa guru terhad. Dulu guru boleh buat dendaan mengikut kesalahan murid sekarang tidak boleh..Jangan kata mendenda murid pandang muka murid pun salah....tap lah ibubapa mahu begitu..
Cuma bila ada kes macam ni ibubapa, masyarakat yang tak faham situasi sekolah, YB YB yang backing anak menuding jari kepada pengurusan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Lumrah manusia. Disiplin boleh dipupuk dengan kerjasama semua pihak - sekolah dan ibubapa. Jadikan ianya pengajaran dan tauladan. Di rumah, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak menjadi org berguna. di sekolah, warga sekolah bekerjasama membantu dalam mendidik anak. semua pihak harus bertanggungjawab dan jangan salahkan sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

Disekolah saya ada kes pelajar ambil video dan edit. Kemudian dimasuk kedalan facebook, youtube dsbnya. Pengetua dimaklumkan tetapi tidak ada tindakan terhadap pelajar tersebut kerana ibubapa orang terpengaruh. Guru tersebut jenis takut pengetua dan tidak buat aduan polis. Ini kisah benar.

Tanpa Nama berkata...

seingat aku la..kes ni tahun lepas..berlaku di Kapit, Sarawak...

guru lelaki tu asal Semenanjung..guru perempuan yang duduk sahaja tu orang Sarawak..

sebab tu guru perempuan tu biar sahaja sebab orang Sarawak kan anti orang Semenanjung...

tak sedar diri punya orang Sarawak..kalau tak Sarawak masuk Malaysia..dah lama Sarawak jadi jajahan Indonesia dan jadi papa kedana macam wilayah Indonesia lain...

Tanpa Nama berkata...

memang pun org2 sarawak nii cara bercakap bgtu ... ramai2 rakan2 setugas org sarawak yg kurang peka dgn sensitiviti kaum lain ,,, bab agama pun boleh dimain2 .. jadi tak hairan kalau muridnya bgtuu ..,, guru pun bgtuuu apa lagi murid ,, tiada hormat ,, mungkin faktor pemakanan .. anjing peliharaan pun jd lauk ...