Ahad, 20 Februari 2011

ADUHAI GURU TERBEBAN

ARKIB : 19/02/2011

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Tua, Norhisyam dan Othman yang mengulas tulisan saya pada 8 Februari lalu. Untuk makluman, saya pernah bertugas selama lima tahun di Kedah, empat tahun di Johor, enam tahun di Selangor dan selebihnya di Sabah, berkhidmat di sekolah rendah dan menengah, dari guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) sehinggalah ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), selain pernah menyandang guru warden asrama desa dan jurulatih sukan kepada Darat (Sukda).

Justeru, saranan Guru Tua dan Norhisyam agar saya keluar dari tempurung telah lama saya laksanakan sejak dulu lagi. Guru Tua ada menyebut tentang masih wujud Guru A di Johor. Kenapa ia berlaku? Jawapannya (rujuk kenyataan Guru Tua) iaitu “Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum”. Persoalannya, kenapa guru bermasalah tidak diambil tindakan? Guru sebeginilah yang menjadikan guru-guru yang bagus dan ikhlas terpaksa memikul bebanan tugas tambahan.

Saya menafikan kenyataan Norhisyam berhubung guru sukan. Tulisan saya menyentuh tentang guru-guru bersukan, bukannya guru sukan. Aduhai rakan guru, pelanggan kita adalah pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat komuniti dan pemegang dasar. Tugas perkeranian yang dinyatakan adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita dan ia adalah tugas kita.

Kepada Othman, memang ada guru diperuntukkan mengajar minimum enam waktu seminggu, selain Guru Besar atau Pengetua. Antaranya Guru Data, Guru Pusat Sumber, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Bestari. Jangan lupa, ada sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kepada warga pendidik, sifarkan rungutan dan ikhlas bekerja kerana semua itu kerja kita dan ia adalah ibadah. Fikir-fikirkanlah.

MOKHTAR SABAH

Utusan Malaysia Online: 20 Februari 2011

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mangkok... kat malaysia ni, kau sorang je cikgu yg tak terbeban tugas.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Beban kerja memang perkara biasa.Itu adalah adat bekerja.Persoalannya,berapa orang yang mahu bekerja dengan ikhlas dan kerana Allah(yg muslim).
Jadi janganlah kita nak tuding menuding pula,sebab itulah kita diminta jangan suka banyak cakap perkara yang memang sudah lumrah manusia...mana ada yang puas hati.So,mulai sekarang marilah kita lupakan perkara yang boleh memalukan kita warga pendidik.Allah tahu apa yang kita lakukan...dosa pahala hanya Allah yang tentukan.
Harap dapat bertenang kita semua.

guru yahya berkata...

mokhtar ni mcm dh x siuman je. dok pertahan kata2 nya yg sah2 akan mnyebabkan guru dipandang hina oleh lain2 PA. la ni pun dh byk org kecoh2 dengkikan masa kerja, perjawatan dan gaji guru, pak mokhtar ni bolehlah dikatakan mencurah petrol kedalam api yg marak.

Tanpa Nama berkata...

Curah minyak kapak kat dia....

sabahan bodoh berkata...

bodoh punya sabahan

Tanpa Nama berkata...

bukan SABAHAN... tsapi mokhtar....
tlg bagitau kau kat sekolah mana wahai mokhtar. nak juga pergi melawat. camna boleh jadi kerja kat sekolah kau relax sangat

KPLI2005 berkata...

Kepada en. Mokhtar..
Zaman kita berbeza...Apapun yang berlaku, tindakan anda dilihat menjatuhkan dan merendah-rendahkan martabat perguruan..

Tanpa Nama berkata...

dia ni mungkin cikgu yg dah nak pencen kot?

Tanpa Nama berkata...

mokhtar ni GSTT yg x sambung kontrak dan terus gila meroyan. nk minta kerja lain pointer pulak rendah dan xreti speaking

Tanpa Nama berkata...

Dia kat sekolah LUBUK...... yg terbaik kat dunia tu agaknya....

Tanpa Nama berkata...

aduhai
Assalamualaikum
sy SU Peperiksaan..masa semingggu? 31 masa seminggu, dgn hr isnin hanya rehat 20minit sewaktu murid rehat, dan selepas itu menyambung kelas tambahan utk murid upsr. sabtu dan ahad sy ke sekolah ajar menari tarian tradisional. skrg tgh sibuk melatih murid2 utk kejohanan sukan..beban..sgt rasa namun sy setuju dgn komentar ke 2..tiada kerja yg tiada beban, namun sy juga mengharap agr penulis tdk mudah menutur/menulis sesuatu tanpa melakukan penelitian mendlm. rata2 guru d sekolah kami mengajar ditahap waktu maksimum dgn pelbgai lagi tugasan. rakan2 jqaf antara yg turut sama mengajar 32 masa. namun kami masih blh senyum walau rasa bebanannya yg sgt ketara. Juga setuju dgn kpli2005, mana lagi nk menghadap anak murid yg pelbagai tingkat kecerdasannya.. nk menyediakan bbm mengikut kesesuaian ank mrd, namun mcm sy katakan td itu adat dl kerjaya. cuma jgnlah merendah2kan profession ini,

lawyer pencen jd cikgu.