Khamis, 24 Februari 2011

Guru: Kementerian disaran utamakan rakyat Sabah

TAWAU 23 Feb. - Kementerian Pelajaran diminta mempertimbangkan cadangan agar rakyat Sabah diberi keutamaan bagi mengikuti kursus perguruan di institut latihan perguruan yang ada di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (gambar) berkata, cadangan itu bagi mengurangkan kadar penghijrahan guru berkualiti dan berpengalaman dari Sabah.

"Sabah sering kehilangan guru-guru berkualiti dan berpengalaman apabila guru terbabit kembali ke negeri asal mereka di Semenanjung. Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang Sabah menolak kehadiran guru-guru dari Semenanjung untuk mengajar dan menabur bakti dalam bidang pendidikan di negeri ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan mengutamakan rakyat tempatan yang berkelayakan, masalah penghijrahan tersebut dapat diatasi.

Tawfiq mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi baru-baru ini bahawa kementerian itu akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah.

Tawfiq turut mencadangkan kepada kementerian tersebut agar memberi peluang kepada guru sandaran di negeri itu mengikuti latihan perguruan menerusi Program Kursus Dalam Cuti.

"Tanpa memberi peluang kepada mereka berkursus, secara tidak langsung Jabatan Pelajaran akan mewujudkan golongan penganggur," katanya.

Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau sebelum itu merasmikan penangguhan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Selatan di SK Batu Payung, di sini. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 24 Februari 2011

12 ulasan:

Sabahan berkata...

terima la hakikat yg ramai rakyat Sabah tidak berkelayakan menjadi guru....

kalau ada layak pun..check punya check rupanya pakai IC palsu..IC merah..pendatang filipina,indonesia yg ntah mcm mana dapat IC....

banyak dah kes macam tu....

Tanpa Nama berkata...

Ya setuju dgn sabahan,kalau tidak ada guru dr Semenanjung saya rasa mutu pendidikan di Sabah tak akan seperti pada hari ini...kena terima hakikat itu.
walau bagaimanapun, bukan semua guru Sabahan tak layak, masih ramaiyang bagus.Guru yang tak layak tu sebab panel yang pilih tu ngong,pilih bulu dan sebagainya.
Sekarang ni baru berebut mau jadi guru,dulu pandang rendah.
Ya ramai guru Sabahan sebenarnya datang dari kaum pendatang(Ic projek)sekarang dia orang yang kontrol, sapa rugi?Rakyat Sabah yang betul2 Sabahan rugikan.
apa nak buat, POLITIK punya pasal,hanya beberapa kerat saja untung yang rugi terlalu ramai(rakyat Sabah tulen)Bugis yang paling top di Sabah.Memang mereka pandai dan rajin diakui.
Sebenarnya ada Sabahan yang dulu2lah,malas,anti semenanjung tapi tak sedar pendatang Indon dan Filipin dah kontrol mereka sekarang.
Terimalah Seadanya.

Raden berkata...

hantar la sy ke sabah. sy tak kesah. asalkan jd cikgu!

Tanpa Nama berkata...

Pure sabah...

wahai sabahan berkata .. kmu urang sabah kah kalau iya sepatutnya menyokong. memang tidak dinafikan banyak pendatang di sabah ni tapi jangan lupa masih ada penduduk tempatannya. pendatang tu suda di halau tapi pa boleh buat tabal muka juga mo balik p sabah. ni. sampai bila juga harap pendidik dari semenanjung memang betul sanggup dihantar tapi tiba masanya mesti mo juga balik ke tempat asalkan.. jadi kalau tidak ada pendidik di kalangan anak tempatan sendiri siapa lah mo mendidik, tak akan mo sekat durang balik ke tempat asal.

Tanpa Nama berkata...

Saudari Anis Naddia,
Sekarang ni kat sabah dah ramai guru,ada sekolah yang berlebih guru.Tapi kalu mau dtg gak apa salahnya....tapi jika kena posting di pedalaman,pulau ka...jangan menyesal...sebab di situlah tempat yg boleh diisi...Harap fikir2kan

Tanpa Nama berkata...

OOOooooSory salah taip nama Amira Naddia nama betul

Tanpa Nama berkata...

ye ke...kalau tidak ada guru dr Semenanjung saya rasa mutu pendidikan di Sabah tak akan seperti pada hari ini???..bukan semua le cam tu...kalau cam tu bagus je semua guru semenanjung htr kat sini. lepas tu sistem persekolahan akan jadi haru biru bila ada asyik yg keluar masuk...ada yg di hntr kat sini kerana terpaksa...bkn menafikan kehadiran guru semenanjung. biarlah yg betul2 hdk berkhidmat dgn ikhlas di htr di sini.
betul ker amira naddia nak d htr kat sini, kot2 lepas jdi cikgu tak nak berkhidmat di sini.

Guru Limbang berkata...

Sekarangkan sudah ada lepasan IPG iaitu PISMP yang belajar selama 5 tahun. Mereka ini yang patut ditempatkan di Sabah, Sarawak kerana rata-rata umur mereka baharu 22, 23, 24 tahun kalau mereka masuk betul-betul selepas SPM.
Sekurang-kurangnya mereka boleh berkhidmat selama 5 hingga 7 tahun sebelum mencapai umur 27 hingga 32. Ini kerana pada peringkat umur lepasan PISMP ini mereka ada banyak masa, peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Janganlah KPM menempatkan penempatan guru seperti sekarang yang cacamerba contohnya lepasan KPLI yang telah berumur dari 29 hingga 35 tahun yang kebanyakkan telah berkahwin dan ada anak ke Sabah, Sarawak.
Sudah tentu mereka tidak mahu lama di sana, lebih-lebih lagi kalau isteri dan anak ada di Semenanjung.
Saya menulis berdasarkan pengalaman saya yang mana rata-rata lepasan PISMP diletakkan di Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor pada waktu saya ada berjumpa sekumpulan PISMP ini di Bahagan Sekolah Harian sewaktu saya hendak menyemak penempatan saya.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kementerian kerana menempatkan saya yang telah berusia ini di pedalaman sarawak, akhirnya saya berjaya mengumpul duit untuk kahwin dan membeli kereta secara tunai tanpa hutang, terima kasih kementerian, i luv u

kamanuk berkata...

bukan tidak menyokong orang semenanjung datang ke sabah tapi kena terima hakikat bahawa orang sabah pun lebih dari cukup bahkan ramai lagi yang menganggur walau pun bergelar siswazah.

kalau kata orang sabah tidak mampu lagi itu satu kenyataan pembohongan dan tidak betul. orang sabah lebih dari mampu sebagai guru

oleh itu kita tidak perlukan lagi orang lain masuk ke sabah mengisi kekosongan guru

bukan soal orang sabah tidak mampu atau tidak cukup orang-orang sabah sendiri menjadi guru. sebagai contoh baru-baru ni seramai 900lebih GSTT terdiri daripada orang sabah sendiri yang tidak di sambung perkhidmatan mereka.kalau ada kekosongan kenapa mereka ini tidak disambung

SEBENARNYA ..begini..di Semenanjung terlalu ramai guru siswazah yang keluar tak ada penempatan sebab guru-guru di sana sudah berlebihan. oleh itu untuk menyelamatkan mereka maka sabah dan sarawak jadi sasaran. akhirnya orang mereka datang berduyun-duyun sebaliknya orang sabah sendiri terkapai-kapai tak ada tempat


siapa cakap orang sabah tidak mampu..MEREKALAH YANG TIDAK MAMPU sebagai contoh

1. apa-apa game pun mereka tidak tau main asyik baju kurung sahaja. jadi orang sabah juga main.
2. garis padang semuanya cakap banyak je tak boleh buat ukuran. jadi orang sabah juga
3. ajar tarian melayu ..tak boleh orang sabah juga
4. hantar murid ke pertandingan luar daerah ..orang sabah juga
5. pergi mesyuarat ..di PPD ..ai orang sabah juga
6. buat aktiviti kokurikulum orang sabah juga
7. urus disiplin murid ..tak berani orang sabah juga
8. masalah kewangan pelajar ..apa lagi orang sabah juga

kebanyakan masalah diselesaikan oleh orang sabah juga
tidak dinafikan ada juga orang sana yang aktif. bukan tiada tapi boleh kira dengan jari ...

jadi nak kate orang sabah tak mampu...KAU DATANGLAH KE SABAH ...TENGOK SIAPA RAJIN BUAT KERJA PAGI DAN PETANG...

JANGAN CAKAP KALAU TIDAK TAHU...

sabahan bodoh berkata...

Kamanuk :

Tak payah tipu la..aku dah mengajar di Sabah berpuluh tahun...

SIAPA YG RAJIAN PONTENG KELAS ???

SEMUA CIKGU SABAHAN....BUKTI..PERGILAH DAERAH SEMPORNA...SEKOLAH PALING TERUK ADA DI SANA...

TIADA GURU MASUK KELAS...KECUALI GURU DARI SEMENANJUNG !!!

kamanuk berkata...

Jangan samakan keseluruhan Sabahan dengan keadaan di Semporna. Disana tu 50 % penduduknya adalah terdiri daripada pendatang Pilipina yang sudah menjadi warganegara Sabah. Sukar untuk menyatakan mana orang Sabah dan mana orang asing kerana loghatnya sama.

memang saya tidak nafikan ada orang sabah yang malas sama juga seperti orang semenanjung. Itu bukan soal bangsa tapi soal sikap manusia yang memang dilahirkan sebagai pemalas dan pembodek besar.

Kamurang cakap kalau bukan guru semenanjung pendidikan di sabah belum tentu maju...Inilah masalah pokok yang saya tidak bersetuju.

sebelum orang semenanjung datang ke sabah sudah ada penduduk tulen Sabah yang bergelar siswazah.

Sekarang ini siapa berani kata yang kami orang Sabah tidak boleh berdiri dikaki sendiri??????????????????????????????????

Sepatutnya kita yang pernah ke Sabah berterimak asih kerana peluang yang ada membolehkan guru-guru dari Semenanjung naik pangkat ke DG44, 48, 52 dan seterusnya. Disemenanjung peluang ini sukar ..

jadi janganlah merendah-rendahkan orang Sabah...

kau pun bukanya tere sangat saje nak provok