Rabu, 24 Februari 2010

SSP mampu terus cemerlang

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 diumumkan 24 Disember lalu menjulang nama Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya, sekali gus memenangi tempat pertama peringkat kebangsaan bukan saja antara Sekolah Berasrama Penuh bahkan juga teratas bagi kategori sekolah harian, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Saya merakamkan setinggi tahniah kepada pentadbiran SSP yang diketuai Rashidah Md Arif, guru, staf sokongan, PIBG, Alumi SSP, kelompok Eldaterra dan srikandi SPP yang berganding bahu mencipta kejayaan cemerlang ini.

Semua pihak patut lebih gigih bagi memastikan tradisi kesinambungan kecemerlangan SSP.

GENERASI JALAN KOLAM AIR,
Kajang, Selangor.

Berita harian Online: 24 Februari 2010

Tiada ulasan: