Sabtu, 27 Februari 2010

Syor PJPK subjek wajib peperiksaan

KITA sering mendengar akademik menjamin masa depan seseorang berbanding sukan, tetapi sedarkah kita bahawa dengan bersukan dapat mengasah minda cergas dalam mentelaah pelajaran.

Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang inginkan sukan pada peringkat sekolah dinaik taraf.

Cadangan Muhyiddin yang ingin pembangunan sukan di sekolah dibuat secara berterusan dan syor 1 pelajar 1 sukan amat dialu-alukan. Cadangan ini amat baik dan sudah lama ditunggu oleh saya dan guru sukan lain. Saya ingin memberikan pendapat iaitu;

Wujudkan jawatan Penyelia Sukan/Pegawai Sukan di sekolah yang mana bidang tugas sama dengan kaunselor di sekolah untuk memantau atau menjalankan program sukan termasuk melatih pelajar. Penyediaan dokumentasi dan rekod berkaitan sukan juga perlu disediakan.

Pegawai yang dilantik tidak perlu mengajar seperti kaunselor. Jika kaunselor berjaya mendisiplinkan pelajar mengapa tidak pegawai sukan? Jadi pegawai ini dapat memberi tumpuan 100 peratus terhadap pembangunan sukan sekolah. Tidak perlu memikirkan perkara lain yang mengganggu tugas yang dikenali sebagai Setiausaha Sukan

Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dimasukkan dalam subjek wajib peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Subjek Sains Sukan dalam SPM adalah subjek yang berlainan dengan PJPK. Pada masa sekarang semua pelajar termasuk guru bukan opsyen menganggap subjek PJPK tidak penting kerana tidak ada peperiksaan.

Wang kerajaan bagi saya dibazirkan kerana kerajaan menyediakan guru Opsyen PJPK dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyediakan buku teks dan menyalurkan alatan sukan kepada sekolah, tetapi tiada hasil yang membanggakan. Bagi saya jika subjek PJPK dimasukkan dalam peperiksaan awam, saya yakin ramai yang mentelaah subjek berkenaan.

MFA_282,
Ledang, Johor.

Berita Harian Online: 27 Februari 2010

9 ulasan:

hasmuzin berkata...

Sila rujuk kepada kertas konsep Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Salah satu komponennya ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum. SPPK bertujuan mengurangkan budaya "exam oriented"...

Mohar Yahya berkata...

Dalam membicarakan isu ini saya suka mengingatkan bahawa;

1. Pendidikan Jasmani dan sukan JANGAN disamakan.Matlamat keduannya amat berbeza.
2. Nak majukan sukan, mesti seiring dengan majukan kemudahan sukan,jurulatih/pegawai sukan(bukan guru PJ)
3. Nak jayakan PJ mesti cukup guru PJ yang terlatih bermula di sekolah rendah, sekolah menengah di kedua-dua sesi pagi dan petang dan dari kalangan guru lelaki dan perempuan.(PJ TIDAK BOLEH di ajar oleh guru yang tidak terlatih dalam PJ)
4. Nak jadikan PJ sebagai mata pelajaran peperiksaan amat baik tetapi mesti tambah dari 2 waktu seminggu menjadi 4 waktu atau lebih.


Kalau tidak, ia tidak akan berjaya mencapai matlamat.Kalau tak percaya cubalah.

p/s : Pasal SPPK, terlalu awal nak komen hehe...

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

Pelik sungguh.. dalam nak mengurangkan budaya exam oriented, sampai PJ pun nak di examkan??

Kenapa takkonsisten sangat dalam membuat sesuatu pelaksanaan? Ini yang membuatkan kredibiliti sistem pelajaran di negara kita dipersoalkan. Berfikirlah dahulu sebelum nak bercakap. Berpeganglah pada prinsip.

Tetapkan matlamat yang satu dan bekerja keraslah untuk mencapai matlamat tersebut.

ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kepada zulfadzli.. nada suara anda berbunyi mcm tidak menyukai dasar baru yg dijalankan.. ini dasar baru bkn dasar yang berubah2.. ini smua utk kebaikkan anak malaysia jgk. tak de sapa rugi kalau dasar ini dperkenalkan..malah..murid2 jgk beruntung dapat berkecimpung dlm bidang sukan dan tahun tntg hal2 kesihatan..
nak takut pasal apa plk jika kredibiliti pendidikan negara di persoalkan.. ini smua utk kebaikkan smua murid di sekolah.jangan sempit berfikir. (p/s= wakil suara anak muda malaysia yang ingin sukan di sekolah dimantapkan lagi)

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

kepada tanpa nama...

apa yang saya maksudkan ialah, apabila sesuatu pendekatan itu di examkan, maka guru2 akan mula membuat tumpuan kepada peperiksaan.

Murid akan mula menghafal.apabila murid menghafal maka, mereka tidak memahami apa yang dipelajarinya.

yang penting sekarang, guru mengajar sesuatu perkara itu dengan kaedah yang menggembirakan. barulah penyampaian akan lebih bermakna. untuk mengajar sesuatu perkara dalam situasi yang menggembirakan, maka ia memerlukan masa yang lama.

cuba tanya kepada guru2 apa yang dikejarnya? mereka akan menjawab "mengejar sukatan pelajaran".

saya bercakap atas pengalaman.. bukannya anti dasar.

ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com

Unknown berkata...

sy bangga bakal jd cikgu pj...alhamdulillah,,kerjaya kami di hargai,,

Tanpa Nama berkata...

saya sbgai murid berpendapat,
semua subjek penting.. seperti sivik, moral.. tp subjek ini tdak dpandang.
subjek pjk, sivik dan moral perlu dititik berat kan,,
sy lhat subjek ini tdak dihargai.
sbgai contoh.
jika guru math ditugaskan megajar math dan sivik.
guru math akan mengambil masa sivik untuk megajr math.
jika murid tidak bermoral..
wajarkah murid dipersalahkan sepenuhnya..??
subjek pjk, kita akan didedahkan dengan kesan2 pengambilan dadah, diet yg tdak teatur, dan sebagainya.. namun jika itu tidak diberi pendedahan.?? bagaimana..??

fikirlah,, jka subjek ini tdak diexamkan sekalipun,,
subjek2 ini perlu dihargai dan diambil berat.

Tanpa Nama berkata...

apa yg diperkatakan zulfadhli harun itu ada benarnya. guru-guru sememangnya mengejar sukatan pelajaran. kadang-kadang menimbulkan rasa stres kepada pelajar.

dasar baru yang ingin diperkenalkan ini sememangnya ada buruk dan baiknya. saya melihat PJK adalah subjek yang tidak membebankan kerana ia dilaksanakan untuk menghilangkan stres kerana murid diberi kebebasan untuk bermain. Sukan adalh sesuatu yang tidak membosankan malah sesuatu yang menyeronokan.

saya berpendaat, jika dasar ini ingin diperkenalkan, apa kata 60% daripada markahnya adalah dari segi praktikal dan selebihnya adalah dari kertas peperiksaan.

seperti kata cikgupj tu saya menyokong. kebenarannya dapat kita lihat. dan saya juga berasa sekolah-sekolah memerlukan penyelia sukan seperti yang diperkatakan penulis. sukan di Malaysia perlu dimajukan. untuk memajukan sukan negara, kita perlulah bermula daripada sekolah-sekolah lagi.

cat1166 berkata...

sangat tidak setuju kalau PJPK dijadikan subjek peperiksaan.sebab tiada kaitan langsung dengan kaitan sukan akan maju..bayangkan sekarang hampir 90 peratus mata pelajaran disekolah dinilai dari segi kognitif kenapa 10 peratus aspek psikomotor nak dikacau.... kalau nak dinilai nilai kearah psikomotor.. baru adil... bayangkan seorang atlit mewakili sampai peringkat kebangsaan, tetapi sebab tidak pandai menjawab mendapat gagal dalam pelajaran PJPK...memang tidak adil untuk mereka ini...sekadar berkongsi ..terimakasih