Rabu, 30 Jun 2010

'Gabungan majlis guru besar sokong UPSR dihapus'

2010/06/30

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

2010/06/30

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.

“Justeru, GMGBM sebulat suara menolak peperiksaan UPSR, bagaimanapun akan ada peperiksaan dalaman yang lain bagi menilai prestasi pelajar,” katanya pada sidang akhbar bersama media selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kolej, Datuk Wira Syed Ali.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

Pada 21 Jun lalu akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Sementara itu, Puad berkata, kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Berita Harian Online: 30 Jun 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok bah tapi bagaimana nak pilih ke sekolah asrama penuh, ke sekolah sains mara?Bagaimana nak menentukan prastasi sekolah-sekolah di Malaysia? Apa mekanisma yang hendakdigunakan? Bolehkah sekolah-sekolah dinilai berdasarkan sekolah masing-masig? Apa kriterianya? Kalau sama kriterianya apa beza dengan UPSR dan PMR? Akhirnya ada ujian yang mempunyai bentuk sama atau tiap-tiap negeri diarah menyelaraskan soalan peperiksaan atau aktiviti jadi, apa ni sama juga cerita 2 kali 5.

Tanpa Nama berkata...

Guru Besar oh Guru Besar,
Apakah penilaian dan cadangan yang kauorang buat sehingga mengumumkan sokongan secara terbuka supaya UPSR dimansuhkan? jangan hanya menyokong kerana ada kepentingan politik.Apa yang penting ialah kepentingan murid. Mereka adalah aset masa depan negara.Pincang sistem pendidikan maka pincanglah generasi akan datang. Ingat! suatu masa dahulu apabila kerajaan mengumumkan supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa inggeris hampir semua pihak yang sangat penting seperti pentadbir sekolah, pensyarah dan orang-orang politik menyokong secara membabi buta. Nah! apa kesudahannya kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk menyediakan segala kemudahan PPSMI tapi hasilnya mengecewakan. Nasiblah Tan Sri Muhyiddin Yusin batalkan dan pengajaran kembali seperti biasa dalam BM. Sebenarnya dari dahulu lagi kedua-dua subjek ini tidak diajar seratus-peratus dalam bahasa inggeris kerana guru sendiri pun tidak fasih dalam bahasa ingeris. Jadi, berkisar kepada tragedi PPSMI itu jangan sampai tindakan pemansuhan UPSR dan PMR mengundang bencana kepada sekolah kali yang kedua.
Saya ingin bertanya kepada Majlis Guru Besar, bagaimana hendak pilih pelajar secara adil di semua sekolah di seluruh negara untuk masuk ke sekolah-sekolah sains MARA, aliran sains dan aliran sastera? Apakah jenis ujian yang dijalankan bagi menentukan keadilan dan kesamarataan dari segi penilaian? Andainya MARA diberi tanggungjawab memberikan ujian, jadi ujian itu apa sama juga bunyi dengan PMR. Kalau begitu buat apa hendak mansuhkan.
Saya mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengadakan soalselidik disemua sekolah secara online khusus kepada guru. Apakah pendapat guru dan apakah cadangan mereka kerna yang lebih arif dalam soal ujian dan peperiksaan ialah guru mata pelajaran bukan guru besar atau pengetua. Apa susahnya paparkan sahaja soalselidik secara online semua sekolah diminta mengisi dengan kadar yang segera.
Saya mohon supaya Kementerian Pelajaran khususnya orang-orang besar jangan hanya mendapatklan pendapat dari golongan-golongan tertentu sahaja.Gunakan kepakaran yang ada untuk mendapatkan respon secara keseluruhan warga Kementerian Pelajaran dan bahkan ibubapa pelajar diambil kira.
SAYA MOHON JANGAN SEPERTI PPSMI

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju agar UPSR dimansuhkan. Sebabnya bila Pegawai di JPN, PPD tidak faham konsep UPSR. Inilah masalah besar. Guru-guru diperbodohkan dgn pelbagai program akademik sehingga aspek dlm FPK tidak dipedulikan. Jika keputusan UPSR OK, mereka kata GB dan guru sekolah tersebut hebat....POOOOOOrah......

Tak perlu jadikan UPSR tiket utk ke sekolah berasrama penuh. Buka shj kpd sesiapa yg berminat. Buat ujian khas kelayakan masuk ke SBP.