Sabtu, 25 Jun 2011

12 lagi guru dihantar ke AS

KUALA TERENGGANU 24 Jun - Kerajaan negeri menaja 12 warga pendidik di negeri ini bagi mengikuti kursus khas di University of Connecticut, Amerika Syarikat bermula 10 hingga 15 Julai ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kursus yang melibatkan kos RM3,800 bagi setiap peserta itu meliputi 60 tajuk perbincangan, termasuk teknik pengajaran dan pembelajaran kreatif.

Menurutnya, peserta yang mendapat pendedahan daripada kursus itu akan berkongsi kemahiran berkenaan dengan guru lain serta mengaplikasikannya kepada pelajar.

"Sejak dilaksanakan tahun 2008, seramai 72 orang kalangan guru, pengetua dan guru besar dari sekolah-sekolah terpilih telah mengikuti program itu yang antara lain bertujuan meningkatkan prestasi pelajar terutama yang bakal menghadapi peperiksaan.

"Selepas menamatkan kursus, mereka akan melatih dan membimbing bagi melakukan penambahbaikan dalam kaedah pembelajaran di sekolah-sekolah di negeri ini," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia Online: 25 Jun 2011

Tiada ulasan: