Rabu, 8 Jun 2011

Tidak dilantik guru walaupun tamat DPLI

NASIB isteri saya umpama yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Isteri saya adalah lepasan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pada Julai 2010, tetapi sehingga kini masih belum mendapat surat setuju pelantikan dan penempatan. Tidak seperti mana rakan-rakannya yang lain telah memulakan perkhidmatan sejak September 2010.

Hal ini adalah disebabkan beliau telah meletak jawatan Gred N17 kerana mendapat tawaran pengajian DPLI.

Pada mulanya, beliau beranggapan namanya tercicir daripada senarai guru yang akan ditempatkan pada September 2010.

Tetapi setelah disemak di Kementerian Pelajaran, barulah dimaklumkan beliau terpaksa memohon semula melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sepatutnya, perkara yang sebegini perlu diberi penerangan yang jelas semasa taklimat oleh kementerian terbabit semasa pendaftaran sebagai pelajar iaitu apa yang perlu dibuat selepas tamat DPLI dan risiko bakal dihadapi ataupun menolak tawaran DPLI dan kekal pada jawatan lama.

Setelah permohonan baru dibuat kepada Kementerian Pelajaran dan dipanjangkan ke SPP, pihak SPP pula tidak memaklumkan perlu mengisi permohonan secara online. Dan permohonan online telah pun dibuat dan sehingga kini masih menunggu panggilan temu duga.

Utusan Malaysia Online: 8 Jun 2011

3 ulasan:

IlyTrolak berkata...

Semoga isteri tuan akan segera dapat menjawat jawatan tersebut.

Mrmnj berkata...

Saya juga PT N17 ketika mendapat tawaran KPLI.. tp setelah mghubungi pihak KPM, sy tidak dbenarkn meletak jwtn sy cuma dberi cuti belajar tnpa gaji. setelah tamat KPLI sy perlu mgemukakn beberapa dokumen utk BPSM KPM & kembali btugas d tpt asal sbgi PT N17. Sy jg lewat melapor diri berbanding kwn2 yg lain, namun sy boleh menyambung pkhidmatan yg lepas. Apa yg sy tau, mmg agak lmbt sdikit proses utk dlantik bg yg telah mletak jwtn.. namun, InsyaAllah sy yakin isteri tuan akan dpt dlantik stelah prosedur dituruti. semoga segalanya bjalan lancar.

Tanpa Nama berkata...

salam,
di mana agaknya saya boleh mengadu.dah setahun saya tamat pengajian dpli namun masih belum dipanggil temuduga.apatah lagi nak dapat penempatan sebagai guru.sudah berhubung dengan kpm,spp tapi semua bagai nak lepas tangan bila aduan dibuat.akhirnya saya juga yang menunggu sampai hari ini.