Rabu, 29 Jun 2011

Pelajar maut jatuh tingkat empat sekolah

KAJANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan enam ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan kelasnya di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nge Hoa Zheng, 18, ditemui mati kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah blok sekolah berkenaan sebaik pelajar sebuah kelas di tingkat bawah blok berhadapan terkejut mendengar bunyi kuat seperti benda terjatuh.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata polis yang menerima panggilan daripada guru sekolah berkenaan tiba beberapa minit kemudian untuk menjalankan siasatan.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan serius di kepala.

“Unit Forensik tidak menemui sebarang unsur pergelutan dan jenayah di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di kepala dan patah pada beberapa tulang rusuk.

“Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

myMetro: 29 Jun 2011

Tiada ulasan: